Pendidikan

Ringkasan Buku Armada Laut Bani Umayyah

“Tentera Islam yang dikatakan hebat bertempur di medan dataran terbuka, rupanya juga mampu menyinga di lautan”.

Selalu kita baca atau dengar kuliah tentang peperangan yang berlaku di daratan. Tapi dalam pengisian buku ni memang penulis ketengahkan bagaimana Islam mampu meluaskan kuasa melalui lautan.

Dan salah satu lautan tersebut ialah Laut Mediterranean manakala zaman kegemilangan nakhoda laut difokuskan dan dirungkaikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah.

Dan Laut Mediterranean bukan lautan yang biasa-biasa. Tetapi berkepentingan kepada penyebaran Islam. Laut ni berlokasi sebagai pemisah tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Antara kepentingan lain lautan ini termasuklah sebagai lebuh raya perdagangan, mempunyai pulau yang kaya dengan hasil galian, tempat kelahiran tamadun awal Eropah iaitu Tamadun Minoan, pusat falsafah sebelum Iskandariah dan laluan asal jemaah haji.

Masuk bab 4 buku ni paling menarik sebab ada pendedahan tentang teknologi Maritim dan Armada Laut Umaiyyah. Awal bab memang diceritakan bagaimana permulaan tentera Islam di lautan ini ditubuhkan.

Walaupun pada asalnya umat Islam tidak ada kepakaran dalam bidang perkapalan dan lautan. Ada beberapa faktor seperti kedudukan Bangsa Arab yang jauh dari laut dan keadaan di padang pasir menyukarkan orang mendapatkan bahan binaan kapal.

Kalau saya, sebelum ni tak pernah tahu pun nama-nama kapal perang seperti kapal Al-Qaraqir, kapal At-Taridah, kapal Al-Ghurban, kapal As-Shuti, Kapal Al-‘Ashari dan kapal Qawarib. Boleh google gambar-gambar kapal tersebut.

Hebat tentera Islam ketika itu. Mampu membina kapal-kapal ini sehingga menyaingi kapal perang musah (Byzantine). Pada masa ini, umat Islam menyedari kepentingan untuk menguasai lautan dan berperang dengan musuh.

Bukan sekadar itu, tentera Islam pun berstrategi di lautan. Antaranya menggunakan besi Al-Kallab sebagai penahan kapal musuh, menggunakan Api Yunani sebagai penyembur api, menggunakan kulit lembu sebagai kalis api, menggunakan cat biru sebagai teknik penyamaran dan lain-lain.

Disebalik kebijaksanaan tentera Islam dalam menghasilkan teknologi Maritim dan strategi perang, ada ramai “think tanker” dan panglima laut yang berfungsi sebagai pakar astronomi kelautan.

Antara penggerak utama ialah Muawiyah Bin Abu Sufyan, Hassan bin An-Nu’man, Musa Bin Nusayr, Hisham bin Abdul Malik dan Abdullah Bin Qays Al-Farizi.

Sebenarnya banyak lagi hampa kandungan buku ni yang best-best. Sebab ada juga diceritakan tentang perluasan Islam di pulau-pulau Mediteranean yang sebenarnya membuktikan kehebatan tentera Islam yang bukan sahaja hebat bertempur di daratan, tapi juga lautan. Jemput baca keseluruhan buku.

No Comments

    Leave a Reply