Travelog

Manasik yang Sama, Natijah yang Berbeza

Dengan izinNya kami selamat menyelesaikan manasik haji. Berakhir dengan melontar jamrah pada 13 Zulhijjah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bermula pada hari tarwiyah 8 Zulhijjah, bergerak menuju ke Arafah (lalu bermalam di Arafah).

Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah

Mabit di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah.

Melontar jamrah kubro pada 10 Zulhijjah.

Bercukur (tahallul awal).

Mabit di Mina malam 11 Zulhijjah.

Melontar 3 jamrah pada 11 Zulhijjah.

Tawaf & Sa’ie di Masjidil Haram (tahallul akhir).

Mabit di Mina malam 12 Zulhijjah.

Melontar 3 jamrah pada 12 Zulhijjah.

Mabit di Mina malam 13 Zulhijjah.

Melontar 3 jamrah pada 13 Zulhijjah.

Meninggalkan Mina bagi nafar thani.

Setiap satu fasa yang dilalui membawa refleksi yang pelbagai yang sukar diungkap.

Baik refleksi untuk umur yang telah lalu, mahupun untuk sisa usia yang bakal ditempuh.

Setiap satunya juga membekaskan perasaan yang dalam yang mustahil untuk diterjemah dengan kata-kata.

Seluruh perjalanan haji adalah ujian sebuah ketaatan bagi seorang hamba.

Sebagaimana ianya ujian bagi hati dan seluruh anggota badan kurniaan Tuhan.

1.7 juta jemaah haji seluruh dunia.

31 ribu jemaah haji dari Malaysia.

Setiap mereka melalui manasik yang sama.

Namun.

Setiap mereka juga merasai pengalaman berbeza.

Refleksi berbeza.

Perasaan berbeza.

Natijah berbeza.

Haji ialah sebuah pengembaraan peribadi.

Baik secara jasmani, emosi mahupun rohani.

Itu antara keistimewaan ibadah haji.

Semoga ibadah ini menatijahkan kami sebuah ketaatan yang lebih istiqamah dalam baki umur mendatang.

Semoga haji ini juga menatijahkan sebuah ummah yang lebih tunduk kepada Allah SWT dalam seluruh urusan kehidupan.

Sebagai sebuah harapan.

Dan tanda kemabruran haji.

No Comments

    Leave a Reply