Seringkali perjalanan pergi & pulang dari Masjidil Haram memberi seribu satu keinsafan.
Sebelum masuk ke masjid, kalau mengikut logik akal, rasa seperti tidak cukup ruang untuk menempatkan jemaah yang begitu ramai.
Namun, apabila imam mengangkat takbir sahaja, suasana terus tenang, senyap & sunyi. Semua ada tempat masing-masing yang mana sebelum itu kalut ribut dengan kekalutan para jemaah mencari tempat & suara polis masjid. Rezeki yang Allah atur cukup untuk setiap orang. Barangkali beginilah juga di mahsyar nanti. SubhanalLah.
Polis di sini juga tidaklah garang sangat kalau kita mendengar kata. Lembut sahaja kata-katanya. Seolah melayan dengan santun para dhuyufur-Rahman yang rencam latar belakangnya ini.
Tambahan pula 3rd Extension King Abdullah juga dibuka walaupun belum siap sepenuhnya. Memberikan keselesaan yang baik untuk para hujjaj. Alhamdulillah.
Gambar ini saya ambil dari 3rd Expansion King Abdullah. Dapat lihat Kaabah direct melalui pintu 100.
لبيك اللهم لبيك..لبيك لا شريك لك لبيك..ان الحمد والنعمة.. لك والملك.. لا شريك لك..

No Comments