Terasa sungguh pantas waktu berlari.
Seperti masih belum pudar wangian raudhah di Masjid Nabawi.
Namun kini tiba masanya untuk melangkah pergi.
Daripada Rumah Agung yang menjadi saksi segala tangisan, harapan dan sujud cinta.
Segalanya terasa indah.
Persaudaraan yang merentas bangsa, negara dan bahasa.
Bagai jiwa-jiwa yang telah lama mengenal,
disatukan oleh satu niat mencari reda Allah.
Imam Jumaat memanjatkan doa untuk Palestin,
dan kini Iran pula menyusul dalam senarai ujian ummah.
Hati menangis kerana sedar tidak mampu membantu melainkan hanya dengan tembakan doa-doa.
Benar..
Orang kata ukhuwwah haji ini lain macam rasanya.
Ada sesuatu yang sukar dilakar dengan kata,
Semoga ia kekal hingga ke tanah air.
Malah mungkin… hingga ke syurga.
Saya sedang mengalaminya kini.
Dan saya belum bersedia untuk berpisah
bukan hanya dengan tempatnya,
tetapi juga dengan manusianya,
persahabatannya, persaudaraannya, perjuangannya,
dan suasana rohani yang mendakap hati setiap saat.
Namun hidup tetap perlu diteruskan.
Amanah menanti untuk ditunaikan.
Tanggungjawab menuntut perhatian.
Maka, tiba juga saat perpisahan yang meruntun jiwa.
Entah berapa banyak air mata ummat yang telah gugur di sini.
setiap satunya menjadi saksi cinta antara hamba dan Tuhannya.
Ya Allah,
jadikanlah setiap langkah, ibadah dan jalinan ukhuwwah ini sebagai amal yang Kau redai.
Terima kasih atas kemanisan akhlak, kelembutan hati dan kasih sayang yang tercurah.
Dan buat sahabat serta keluarga yang belum menunaikan rukun kelima ini, kupohon agar sahabat-sahabat juga Allah jemput ke tanah suci ini, dalam keadaan fizikal, emosi, mental dan iman yang paling sempurna & istimewa.
Ya. Paling sempurna & istimewa..Paling sempurna & istimewa.. ya Allah…
Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

No Comments