Pendidikan

Anak Muda Pahlawan atau Pengancam?

Bila mana kita sedang membangunkan anak muda, kita sebenarnya sedang membangunkan dua pilihan.

Sama ada kekuatan dan semangat anak muda yang dibangunkan itu dicetak sebagai pengancam atau pun mencetak pahlawan.

Selalu kita bicarakan tokoh anak muda yang pahlawan. Tapi kita terlupa tentang gerakan anak muda yang bertentangan ni. Sekali sekala. Kita perlu belajar dari sejarah. Sejarah menyimpan contoh-contoh pergerakan anak muda yang menjadi ancaman kepada agama dan negara.

Antaranya pergerakan The Young Turks yang direvolusikan oleh sebahagian besar anak muda dengan membawa prinsip liberal dan sekular sehingga mewajahkan Turki sebagai negara moden yang berpisah dengan kehidupan agama.

Di mana penubuhan gerakan ini yang disertai oleh golongan pelajar, golongan intelektual dan golongan yang berpendidikan yang terpengaruh dengan gerakan di Eropah seperti Young Spain, Young Italy, Young France.

Bahkan seorang pemuda bernama Theodore Herzl pengasas Zionisme di mana pada usia mudanya sudah mula membuat percaturan mendirikan negara haram Israel.

Antara permulannya, Theodore Herzl berjaya mengumpulkan seramai 266 orang pimpinan zionis antarabangsa untuk ke kongres organisasi zionis sedunia di Basel Switzerland pada 29-30 Jun 1897.

Setelah Theodore Herzl meninggal, perjuangannya diteruskan oleh salah seorang anak muda yang berumur 17 tahun bernama Ben Gurion.

Kegigihan dan semangat Ben Gurion disalurkan untuk mendoktrin semangat zionisme dalam kalangan anak-anak muda Yahudi bahkan dirinya sendiri berhijrah ke Palestin kemudiannya terlibat dengan persatuan dan jaringan politik antabangsa untuk menguasai Palestin.

Masih ada yang lain. Cuma, contoh-contoh ini saja pun mampu “menakuti” kita sebagai generasi umat Islam. Bayangkan dengan kegigihan pergerakan anak muda mampu menjadikan Turki sebagai sekular selama puluhan tahun.

Dan dalam penubuhan negara haram Israel, peranan anak muda menyumbang kepada penubuhan dan perkembangan negara haram itu sehingga hari ini.

Di negara kita, ada tak gerakan-gerakan seperti ini? Ya ada. Banyak. Bermacam ideologi. Terlibat juga dalam politik. Bahkan mereka juga disanjung dan dijunjung oleh masyarakat.

Dalam masa yang sama, mereka menguasai media. Mereka menguasai bidang-bidang intelektual. Mereka berada dalam professional. Dengan ideologi mereka, mereka berhujah dengan intelek dan akal.

Tak hairan selalu timbul isu subjek Pendidikan Islam perlu dimansuhkan. Timbul isu serangan kepada institusi agama. Timbul isu hukum agama diperlekehkan.

Nampak tak bibit-bibit kehancuran Islam di situ? Seperti apa yang tercatat dalam sejarah. Jadi peranan kita sangat besar.

Di samping kita sedar kemunculan gerakan-gerakan anak muda berideologi, sebenarnya pergerakan anak muda Islam dengan fikrah yang betul juga sedang kita usahakan.

Banyak platform Islam yang kita bangunkan. Supaya merekalah yang kehadapan. Cuma kadang-kadang tidak disedari.

Rugilah. Kalau kita sendiri tidak menyokong pembangunan anak muda seperti mereka. Rugilah kalau kita sendiri memperlekehkan dan mengetepikan mereka. Rugilah kalau tidak pernah ambil tahu tentang mereka.

Sedangkan dalam sejarah juga ada catatan kejayaan anak muda Islam yang tersohor sehingga mengalahkan musuh besar. Nak taip, panjang pula.

Jadi mudahan-mudahan, suatu hari nanti anak muda Islam yang berfikrah benar yang mendominasi dunia. Jadi, ianya bermula dari sekarang.

Rujukan :
Perkembangan Islam di Turki Menerusi Pendekatan Politik : Satu sorotan sejarah.
Projek 50 Tahun Zionis – Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

No Comments

    Leave a Reply