Tokoh

Mus’ab bin Umair : Kerana Agama, Gadai Semuanya

Mus’ab bin Umair merupakan pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Seorang yang terkenal dengan penampilan yang kemas, rapi dan mewah.

Suatu hari, beliau mendengar tentang agama “baharu” di rumah Arqam bin Abi al-Arqam dan akhirnya beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berita keislaman beliau sampai ke ibunya yang sangat tegas dan penyembah berhala. Beliau tidak diberi makan, dikurung dan akhirnya dihalau dari rumah dengan sehelai sepinggang.

Kerana bersungguh mempertahankan akidah, mencari redha Allah dan menolong Rasul-Nya, Mus’ab redha tinggalkan kesenangan dan kenikmatan yang ada pada dirinya.

Diutuskan berhijrah ke Habsyah dan menjadi pendidik di Madinah kerana kelebihannya yang cergas dan memilik pengetahuan yang mantap tentang Islam.

Dan akhirnya mendapat ganjaran syahid di medan Uhud, ditebas tangan kemudian ditikam oleh Ibnu Qumaiah.

Satu kisah yang tersentap bila baca sebelum tidur. Bawa diri selalu muhasabah, apa ja yang kita dah korbankan pada jalan agama ? Berapa kali hati redha untuk hilang sesuatu demi cinta Allah? Dan sejauh mana keyakinan kepada Allah dan Rasul tentang apa yang kita korbankan dan perjuangkan?

No Comments

    Leave a Reply