” Ukhti,
Semakin kamu menempuh hidup ini, semakin semangat kamu akan diragut oleh duniawi. Perlahan-lahan, kamu akan rasa lelah dengan segalanya.
Ujian yang kadang-kadang meninjau terasa tidak mampu lagi untuk kamu pikul. Rasa seolah-olah ia satu bebanan yang tak pernah henti.
Saat itu,
Mengadu saja pada Allah.
Luah semuanya. Mengadu sehabisnya.
” Ya Allah, aku ni dah rasa down sangat-sangat dengan dakwah ini. Rasa malas sangat nak berjuang.
Banyak sangat ujian yang terkadang tidak mampu aku hadapi, Allah.
Ya Allah, aku tak minta dihilangkan segala yang dirasa. Cuma yang ku pohon, campakkan aku kekuatan.
Agar aku ini terus dan terus mencintai jalan-MU hingga aku bertemu dengan-MU. “
Pintalah kekuatan dari Yang Maha Esa. Hanya Dia yang mampu menjagamu sepanjang berada pada jalan ini.
Bergantung harap padaNya. Bukan pada manusia. Meski seakrab manapun kamu dengan dia.
Kerana bayang-bayang pun tinggalkan saat kita berada dalam kegelapan.
Teruskan berjalan atas jalan yang kamu pilih, meskipun ditinggalkan berseorangan.
Buat yang rasa lemah dan menyendiri, terus thabat dan qowiyy.
Allah selalu ada bersamamu. Sentiasa ! “

No Comments