Secara umum tentang biodata dirinya, beliau berasal dan dilahirkan di Buhairah Mesir dan merupakan keturunan Khalifah Umar al-Khattab dari sebelah bapa manakala dari sebelah ibu ada dikaitkan dengan nasab Saidina ali bin Abi Talib.
Dari sudut kepimpinan wanita, Zainab mula diserap dalam Kesatuan Wanita Mesir bermula pada tahun 1936 oleh Huda Sya’rawi yang merupakan pemimpin pertubuhan dengan melihat potensi Zainab yang terserlah dengan keperibadian yang kukuh dan mempunyai kelebihan sebagai seorang pemidato yang lantang. Pada ketika ini beliau dilatih sebagai pengganti Huda Sya’rawi iaitu seorang yang begitu lantang memperjuangkan hak-hak wanita dalam masyarakat.
Malah keterlibatan Zainab dalam pertubuhan ini telah menarik sokongan wanita-wanita dan menyakinkan pihak lain termasuklah ulama Al-Azhar iaitu Syeikh Muhammad al-Najjar yang berusaha membantu, memahami dan membetulkan banyak isu dan permasalahan pegangan pertubuhan tersebut.
Kemudian dalam fasa umur beliau yang masih 20-an iaitu pada tahun 1937, beliau mengundur diri dalam Kesatuan Wanita Mesir dan menubuhkan Persatuan Wanita-wanita Muslimah dan melalui persatuan ini beliau memulakan kegiatan dakwah untuk mengembalikan masyarakat dengan ajaran hidup Islam yang sebenar.
Tambahan pula, kebolehan beliau sebagai seorang pemidato telah memudahkan dan menyakinkan masyarakat dalam berinteraksi.
Antara sumbangan yang telah digerakkan melalui persatuan ini termasuklah dengan penyebaran majalah Sayyidah Muslimah, penyusunan kelas-kelas pengajiaan, penubuhan pusat dakwah bagi mengkaderkan pendakwah muslimat dan menyediakan rumah-rumah kebajikan.
Walaubagaimana pun, kegiatan-kegiatan dakwah ini terpaksa dihentikan dan disekat disebakan revolusi yang berlaku pada Julai 1952 dan tokoh ini dituduh sebagai penentang revolusi. Kemudiaanya beliau dihukum dengan zalim dan dipenjarakan seumur hidup.
Agak tragis jika membaca penderitaan beliau di penjara selama 25 tahun dan dilibatkan dengan pelbagai seksaan yang kejam kemudian dibebaskan semasa pemerinatahan Anwar Sadat pada tahun 1971.
Kentalnya beliau, selesai keluar dari penjara, tokoh ini terus fokus kepada dakwah melalui dua kegiatan.
Pertama, meneruskan untuk menggerakkan pengajian seperti seminar dan halaqah manakala yang kedua menfokuskan dalam bidang penulisan.
Kagumnya saya dengan tokoh ini yang merupakan seorang yang mahir menulis dan banyak menghasilkan karya-karya.
Dan antara sumbangan-sumbangan lain yang digariskan dalam artikel bertajuk Sumbangan Zainab Al-Ghazali Dalam Memartabatkan Kedudukan Wanita Islam Dalam Arena Kepimpinan Islam ;
1. Pada tahun 1937- Beliau mendirikan jawatankuasa Wanita Muslim di Kaherah.
2. Menubuhkan dan menggerakan Jemaah Wanita Muslimah dengan kerja dakwah dan kebajikan serta melatih mereka menjadi pembela agama.
3. Melatih ahli-ahli Jemaah wanita Muslimah untuk berpidato, berbahas dan berinteraksi dengan masyarakat.
4. Beliau juga telah terlibat dalam kepimpinan salah satu bahagian di Ikhwan Muslimin dan pada tahun 1954 beliau terlibat untuk membantu Ikhwan Muslimin menghadapi pernindasan pemerintah.
Rujukan : Sumbangan Zainab Al-Ghazali Dalam Memartabatkan Kedudukan Wanita Islam Dalam Arena Kepimpinan Islam (2014) yang ditulis oleh Siti Zaharah Hamid, Dr Farhah Zaidar dan Dr Phayilah Yama.

No Comments