Pepatah arab: العِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
Maksudnya: “Ilmu seperti haiwan buruan dan tulisan adalah yang akan mengikatnya (ilmu)”.
1. Menulis untuk kongsi cerita.
Semua orang ada kisah, ada cerita, ada peristiwa yang pasti berbeza dengan orang lain. Tulislah kisah anda waktu kecil, kesusahan dan keperitan yang dialami. Tulislah kisah pengorbanan ibu ayah waktu membesarkan dirimu.
2. Menulis untuk mendidik.
Masyarakat zaman digitalisasi ini rata-rata dahagakan ilmu yang tepat berfakta, informasi berstatistik dan pantas. Tulislah untuk mendidik anak bangsa khususnya generasi yang akan memimpin negara.
3. Menulis untuk terapi emosi.
Ramai doktor berpesan kepada pesakitnya, tulislah untuk melegakan kesakitan, tulislah untuk melepaskan emosi yang terbuku dan tulislah untuk buang segala keresahan. Menulis ini suatu terapi jiwa yang sangat berkesan. Menulislah agar dirimu sentiasa ceria dan bersemangat!
4. Menulis untuk kepakaran
Ruginya tenaga pakar tidak menulis. Tulislah untuk orang lain tahu kepakarannya. Banyak pengalaman yang telah dilalui pergi begitu sahaja tanpa orang lain tahu. Tulislah untuk legasi akan datang tahu dan mereka baca dari sumber yang sahih.
5. Menulis untuk simpan memori.
Mahalnya sebuah kenangan lalu hanya Allah yang tahu. Detik indah, mahupun detik hitam dan sebagainya ianya sejarah yang anda sahaja tahu. Tulislah untuk anak-anak, cucu dan mungkin pelajar, staf dan rakan taulan anda akan baca.
6. Menulis untuk mengisi masa lapang.
Isilah masa lapangmu dengan menulis. Menulis membina minda yang kritis dan mencambahkan idea. Pastinya orang yang suka menulis, dia suka membaca. Justeru, tulislah untuk isi masa lapang dengan sebaiknya.
7. Menulis untuk sumber pendapatan
Benar, tulis-tulis boleh jana pendapatan. Fasa menjadi penulis terkenal memerlukan masa. Mahirkan diri untuk sentiasa menulis, belajar dan terus meningkatkan ilmu penulisan. Insyaallah rezeki pasti datang bila menulis dari hati.
8. Menulis untuk saham pahala.
Menulis untuk saham pahala.
Besarnya pahala bilamana penulis itu sudah pergi meninggal. Orang baca, orang amalkan dan orang sebarkan apa yang ditulis. Masyaallah apa amalan yang kekal? Amalan yang kekal adalah tingalkan ilmu yang bermanfaat.
Selagi punya nafas, tulislah! Mahu menulis? Mula menulis ebook pertama! www.intouchebook.com Saya sudah bermula. Anda bila lagi???

No Comments