Sebelum ni ada tahu tentang kisah Maharani Ki yang berpengaruh dalam Dinasti Yuan sekitar abad ke-13. Seorang dari Goryeo dan dijadikan hamba kemudian diangkat sebagai permaisuri di kerajaan Yuan. Dan sebenarnya, dalam sejarah Islam juga beberapa nama yang terkemuka.
Salah satu tokoh yang dijumpai dalam sejarah wanita Islam yang terkenal, tercatat seorang nama, iaitu Shajar Al-Durr. Beliau sebenarnya merupakan isteri Sultan Sultan al-Salih Ayyub iaitu sultan terakhir dalam kesultanan Al-Ayyubi. Tokoh ini dikenali dengan gelaran Malikat al Muslimin (Ratu Muslimin).
Menariknya, pada asal beliau hanyalah orang atau hamba suruhan dan akhirnya diangkat sebagai tokoh muslimat yang dikenali dunia.
Selepas kemangkatan Sultan al-Salih Ayyub, wanita ini dikenali kerana sumbangannya dalam politik Mesir di mana beliau telah diangkat sebagai sultanah. Umum mengetahui, pemerintahan ini merupakan permulaan dan pengasas kepada Dinasti Mamluk dan merujuk kepada pengakhiran Kesultanan Ayubiyah di Mesir.
Dalam sejarah Islam, Shajar Al-Durr ini merupakan wanita pertama yang diangkat sebagai pemerintah/sultanah di Mesir walaupun ada perbalahan tentang perlantikan pemimpin dalam kalangan wanita dan konflik dengan Thuransyah yang merupakan pewaris taktha.
Di mana Thuransyah sendiri yang tercabar dengan kepimpinan Shajar Al-Durr tetapi Turanshah dikenali sebagai orang buruk. (Suka minum arak dan berfoya-foya).
Dalam catatan sejarah, Shajar Al-Adurr ini terus dikenali atas peranan besar beliau dalam Perang Salib Ketujuh untuk mempertahankan Mesir Utara iaitu pada tahun 1250, beliau terlibat dalam pertempuran Fariskur (atau dikenali sebagai pertempuran Mansourah) dan mengalahkan tentera Salib serta mengambil Raja Louis IX dari Perancis sebagai tawanan.
Dalam peperangan tersebut, beliau telah berperanan dalam mengarahkan siasatan tentera Salib dan menahan kemaraan tentera Salib hingga ke Kaherah dengan bertahan di Al-Mansourah.
Selain dari sumbangan beliau dalam Perang Salib, beliau juga berperanan dalam pengukuhan kuasa politik Islam di kawasan Laut Mediterranean dan melalui dinasti yang baharu selepas kejatuhan dinasti Ayyubiah telah membuka ruang menguasai selatan Mediteranean dalam beberapa dekad.
Dan walaupun bernikah dengan Sultan Izzudin Aybak disebabkan penentangan terhadap isu beliau sebagai pemimpin, beliau masih berperanan mengekal kuasa dan memastikan dokumen-dokumen kerajaan dimaterikan dengan nama beliau serta masih menggunakan gelaran Sultanah.
Sebenarnya, kisah ini dicungkil untuk menafikan tanggapan yang menyatakan kemunduran wanita dalam sejarah Islam. Malah kisah ini juga menggariskan inspirasi kepada wanita yang terlibat dan kepimpinan dan pemerintahan.
Dan saya yakin, pemerkasaan wanita sebenarnya sentiasa berlaku dari zaman ke zaman dan selari dengan tuntutan dan syariat Islam. Malah, atas peranan wanita-wanita Islam telah menyumbang pelbagai jasa kepada Islam.
Rujukan :
Dr Nur Saadah Khair (2020). Tokoh-tokoh Wanita Islam Yang Menginpirasi Dunia. International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ).
Haiqal Zulkefli (2019). Shajar Al-Dur : Sultanah Pertama Dalam Dinasti Islam. The Patriot.
Saidi Saiful Bahri (2019). Shajar Al-Dir : Sultanah Penyelamar Islam Dari Tentera Salib. The Patriot

No Comments