Cerpen

Taaruf Sampai Mati

Tidak dinafikan lagi.

Dalam kehidupan seharian, kita selalu bertembung dengan perbezaan.

Ia seringkali menjadi pencetus kepada masalah sehingga berlanjutan menjadi satu konflik apabila pertembungan itu dengan cara yang tidak betul.

Walaupun secara hakikatnya, manusia itu sama dari bentuk kejadiannya, itu tidak bermakna ada manusia yang benar-benar sama dalam segala genap perkara.

Pasti ada saja yang berlainan.

Kita diciptakan berbeza dan tetap memiliki perbezaan.

Bahkan dengan perbezaan itulah yang membuatkan hidup kita lebih beerti dan bermakna.

Tersimpan satu erti yang harus kita fahami bersama.

Kerana perbezaan, kita akan merasakan makna kebersamaan.

Sehinggalah kita dapat fahami bahawa perbezaan adalah asbab kepada sebuah pengertian.

Perbezaan ini diciptakan Allah dengan tujuan manusia saling mengenal, berinteraksi, memahami dan memberi manfaat satu sama lain.

Sebab itu, usah hairanlah jika dalam rukun ukhuwah dan usrah ada elemen 3T.

|Taaruf, Tafahum dan Takaful |

Takkan pernah melompat dari satu tahap ke satu tahap jika taarufnya belum lagi selesai.

Kita berbeza untuk saling melengkapkan menjadi satu persamaan— satu penyatuan.

Mustahil untuk bersatu, jika belum kenali hati, selami hati, bahkan dalam membantu dalam pembinaan kekuatan hati, kurangnya pada proses pen’taaruf’an berlaku.

Kebersamaan akan hadir bersama taaruf yang berpanjangan.

Kesatuan akan lahir bersama taaruf yang diimplikasikan.

Bahkan satu prinsip diri pada namanya perkenalan,

“Taaruf takkan pernah berhenti sehingga kita mati.”

-Segmen Suri Hati-

No Comments

    Leave a Reply