Di suatu sudut, aku termenung melihat orang ramai sedang beratur untuk menunggu giliran mendapatkan suntikan vaksin.
Tiba-tiba dari satu arah, aku melihat Pak cik tua menolak kerusi roda yang dinaiki oleh isterinya.
Lantas aku menyapa
“Pak cik dari mana”
Pak cik tersebut memalingkan wajahnya ke arah aku dan berkata
“Pak cik dari kawasan sini ja”
“Owh” balasku
Tetiba teringat akan ayahku di kampung, macam mana keadaanya. Hampir dua tahun tidak dapat pulang ke halaman rumah gara-gara larangan merentas negeri akibat COVID-19.
Tiba-tiba teringat akan ayahku yang mukanya sudah tidak berdaya akibat dimamah usia.
Ketika kami kecik, banyak jasa yang telah ayah lakukan demi kami hidup selesa.
Pekerjaan sebagai nelayan bukan lah mudah, ada masa kami dapat nikmati makanan lazat hasil daripada tangkapan ikan dan dijual kepada peraih-peraih.
Pada ketika itu, aku teringin untuk memasuki pertandingan memanah, kerana aku amat gemar akan sukan itu.
Ketika itu, aku memberitahu kepada ayahku sewaktu senja fajar kian menyinsing. Aku meminta ayahku untuk belikan kasut baharu kerana yang lama telah rosak dek terkena air hujan tempoh hari.
Bersungguh-sungguh ayahku membanting tulang demi membelikan kasut baharu kepadaku.
Sewaktu Subuh, aku ternampak sebungkus plastik berwarna merah diletakkan di atas meja.
Aku pun menghampiri bungkusan tersebut dan membuka plastik tersebut, perasaan pada ketika itu, bercampur baur. Tak sangka, ayah dapat memenuhi permintaanku.
Tiba-tiba isteriku memanggilku. Lantas, aku menghampirinya kerana gilirannya sudah selesai untuk divaksin.
Sesungguhnya pengorbanan seorang ayah juga wajar kita hargai.

No Comments