Ada sesiapa kat sini pernah tonton drama Vagabond?
Saya ada tonton beberapa tahun lepas. Cuma, baru sekarang saya jumpa istilah ni dalam buku Hebatnya Islam Peradaban Alternatif Masa Depan oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Rupanya nama Vagabond ni bukan sekadar nama kumpulan. Tetapi dirujuk dari kumpulan yang menentang tamadun materialistik barat.
Drama ni mengisahkan seorang rakyat biasa yang menuntut hak dan keadilan disebabkan pemimpin-pemimpin politik yang korupsi. Ya, memang mereka bertuhankan meterialistik dan demi kukuhkan kuasa mereka.
Bermula dengan insiden kapal terbang yang “dihijack” sehingga rakyat biasa dengan tanpa rasa bersalah terkorban disebabkan peperangan yang berlaku di peringkat orang-orang besar.
Drama ni agak lantang sebab nama-nama jawatan tertinggi seperti Presiden, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan lain-lain memang diketengahkan secara terus. Bukan lagi level organisasi Ceo syarikat macam kebiasaan drama.
Dah la semua watak-watak dan jawatan ni terlibat dengan korupsi dan agenda geopolitik. Insiden kapal terbang yang nahas tu pun merupakan agenda-agenda yang disengajakan dan dirancang oleh mereka.
Ada juga unsur penyalahgunaan kuasa melibatkan National Intelligence Service (NIS), polis, peguam dan lain-lain semata-mata nak tutup kejahatan pemimpin mereka. Habis semua mereka kerahkan.
Padahal, mereka berdepan dengan seorang rakyat biasa ja pun ! Habis kerahkan semua badan beruniform untuk menentang rakyat yang menuntut keadilan.
Disebabkan pihak berkuasa dan pemimpin sendiri tak mampu nak selesaikan dan kawal masalah, wujudlah satu kumpulan yang mereka namakan sebagai Vagabond untuk menentang kebatilan.
Plot twist ada lah juga. Punyalah kita dok berdendam dekat satu kumpulan ni, rupanya yang dalang semua kejahatan ni orang lain. Dan latar belakang drama, bukan di Korea sahaja tapi melibatkan juga negara Maghribi.
Cuma pengakhiran drama ni agak tergantung tetapi terjawab siapa dalang di sebalik kejahatan. Tiada sangat agenda cinta-cinta atau pelik-pelik tak silap saya. Kalau ada, terus skip.
Buku ni pula dalam perjalanan nak dihabiskan. Menarik juga untuk dibaca bab tamadun materialistik. Sesuai dengan keadaan PRN 2 tahun yang lalu.
Sebab mereka cakap Kelantan, Kedah dan Terengganu mundur kan. Keadaan ni kita boleh kaitkan tamadun yang bagaimana yang menjadi asas pembangunan sesuatu negeri.
Catatan : Apa yang ditulis hanyalah pandangan peribadi yang mungkin berbeza dari perspektif dan tafsiran orang lain.

No Comments