“Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah,kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
Lantang suara Saifuddin membacakan terjemahan surah as-saff ayat 1 dan 2 dalam mesyuarat bersama ahli persatuannya.
Saifuddin sangat terkenal dengan kepimpinan yang mantap dan kelantangan beliau dalam mencegah amar makruf nahi munkar di universiti membuatkan banyak mata akan tertunduk hormat kepadanya.
Ahli persatuan gerakan islam yang dibawah pimpinannya amat mengagumi presiden mereka. Setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut Saifuddin bagaikan mutiara yang akan ditadah oleh ahli kelab dijadikan bekalan semangat untuk bergerak dalam medan dakwah. Tidak terkecuali bagi Khaulah. Saifuddin merupakan salah seorang ikon yang dia kagumi.tambahan lagi Saifuddin datang daripada kampung yang sama dengannya.
Semasa di alam kampus, Saifuddin sentiasa menasihatkan kepada junior-juniornya untuk kekal istiqomah dijalan dakwah ini walaupun sudah berada diluar kampus.
Sesungguhnya Allah SWT akan menguji setiap apa yang kita ucapkan. Pada tahun akhir pengajian beliau, isu percintaan ketua presiden kelab islam dengan seorang gadis telah menjadi perbualan hangat di dalam kampus.
Ia menjadi tamparan yang hebat kepada nama baik kelab islam tersebut. Semenjak peristiwa tersebut Saifuddin mula menyepikan diri daripada terlibat dalam gerakan dakwah yang bermati-matiaan dia perjuangankan suatu ketika dahulu.
“Saifuddin kenapa kau dah tak turun usrah? Adik-adik terkontang kanting mencari abang usrah kesayangan mereka”. Tegur Amir kepada kawannya yang mula hanyut. “Ala, aku dah tahun akhir kot,banyak lagi abang naqib lain boleh handle usrah, takkan semua nak harapkan aku je?” bidas Saifuddin.
Amir terpaku dengan sifat baran Saifuddin. Sepanjang perkenalan dengan lelaki itu, tidak pernah lagi Amir melihat Saifuddin berperangai sebegitu rupa. Saifuddin sangat amanah dalam memegang tanggungjawab dan sentiasa meletakkan gerak kerja dakwah di tempat yang utama.
Tetapi sekarang segalanya telah berubah.
“Sudah banyak sumbangan aku dalam dakwah.. sampai menjunam pointer aku disebabkan terlalu sibuk dengan kerja ni.. anak muda lain bahagia diluar, aku pula merana seorang diri. Aku punya hak nak tentukan hidup aku, sampai bila nak habiskan hidup aku dengan perkara yang tidak menguntungkan ni.aku sudah letih” bentak Saifuddin.
Sedih mengenangkan sahabatnya yang dahulu hebat siyasah dan tarbiah, sekarang melarikan diri daripada jalan dakwah. Setelah peristiwa tersebut, pelbagai kisah tentang Saifuddin didengari oleh Khaulah. Hampir lima kali dia putus tunang atas pelbagai faktor…kerana kecewa Saifuddin membawa diri berhijrah ke luar negara.
Istiqomah lebih baik daripada seribu karomah.
Memulakan sebuah langkah lebih mudah berbanding untuk mengekalkan langkah tersebut agar sentiasa konsisten di landasan yang benar.
Khaulah tidak pernah putus berdoa agar sahabat-sahabatnya kembali semula dalam gerak kerja dakwah yang sudah menjadi rutin sepanjang kehidupan Rasulullah SAW.
Jangan kita menyangka sahabat yang berjaya istiqomah dalam gerak kerja itu tidak pernah diuji. Mereka juga punyai ujiannya tersendiri.
“Kak Asma Jom esok pagi turun program bersama anak-anak yatim. Dah lama tak jumpa akak. Rindu la,” ujar khaulah melalui telefon bimbit.
“Maaf la Khaulah, akak sibuk esok. anak-anak akak ajak pergi Zoo Negara, Lagipun suami akak bukan suka sangat akak keluar berprogram semenjak sudah berkahwin ni.jadi sebagai isteri kena la taat,” jawab kak Asma.
“Kau takpe la masih tak berkahwin, takde tanggungjawab lagi. Jadi tumpang masih bujang ni buatlah program banyak-banyak,nanti dah kahwin kena dok rumah je” nasihat kak Asma kepada Khaulah.
Zapppppp…. Bagai terhiris jantung Khaulah apabila mendapat nasihat sebegitu rupa.
Benarkah ucapan itu keluar daripada seorang kakak yang beliau begitu hormati? Bagaimana bisa orang yang diberi tarbiah satu ketika dahulu berfikiran sebegitu rupa?
Khaulah sedar akan usianya semakin lanjut. Bukan dia tidak mahu menamatkan zaman bujangnya. Cuma belum bertemu insan yang boleh menerima dirinya seadanya. Allah sebaik-baik perancang..Khaulah yakin kepada janji Allah.
Pinangan demi pinangan datang menjengah..Khaulah terpaksa tepis dengan hormat. Faktor dia menolak adalah kerana kaum adam tersebut tidak dapat menerima syarat untuk membenarkan Khaulah terus giat berdakwah selepas berkahwin. Khaulah dituduh terlalu memilih sebab itulah tidak laku sampai sekarang.
Bukan dia terlalu memilih, dia hanya berharap dipertemukan dengan insan yang faham akan Islam, tahu erti perjuangan dan sanggup bersama-sama menggalas beban dakwah. Khaulah yakin apabila meletakkan kepentingan agama ditempat utama, Allah akan membantu segala urusan hambanya. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) Al-Baqarah: 214.
Pelbagai ujian kehidupan yang terpaksa gadis itu lalui. Halangan untuk bergerak kerja sentiasa menjengah. Tetapi Khaulah tidak putus asa berdoa kepada Allah agar dirinya terus istiqomah.
Pengorbanan kerjaya, harta, keluarga telah dilaluinya. Tetapi semua itu tidak menjadi zikir dibibirnya untuk diceritakan kepada orang lain. Biarlah Allah sahaja mengetahui bebanan yang terpaksa ditanggung selama ini.
Khaulah tidak mahu LARI dari perjuangan ini, kerana dia sangat takut REDHA Allah juga turut lari meninggalkannya.
Buat sahabat seperjuangan..
JANGAN LARI dari jalan dakwah ini,
Kerana sejauh manapun kau berlari,
Kau masih berlari dibumi Tuhan,
Bimbang jika kau tersilap langkah mengatur larian,
Tersadung pula langkahmu di tengah jalan.
Buat sahabat seperjuangan..
JANGAN LARI!
Andai berasa lelah di simpang ujian,
Aturkan langkah perlahan, teruslah berjalan,
Kemaskan sujudmu menghadap Tuhan.
Disitu pasti terungkai satu persatu jalan penyelesaian.
Diri! teguhkan sabar, tetaplah bertahan.
Umat islam kian tenat,
Masihkah hanya ingin melihat?
Tidakkah mahu islam kembali berdaulat?
Bimbanglah jika di Sana tidak diakui sebagai Umat.
Masih tidak terlambat untuk BERLARI pulang ke medan perjuangan.
Pengampunan Allah luas terbentang, menunggu hambaNYA kembali berjuang.

No Comments