Agama

Keutamaan Ilmu Tauhid

Di antara ilmu wahyu yang paling utama dan paling mulia adalah ilmu Tauhid kerana ia merupakan cabang ilmu yang berkaitan tentang Allah SWT. Nama dan sifatNya disamping cabang-cabang ilmu lain merupakan asas kepada gagasan keilmuan Islam.

Allah SWT berfirman dalam Al Quran yang mulia menerusi Surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud:

“Ketahuilah bahawa tiada bahawa tiada tuhan melainkan Allah . Melalui ayat ini, Allah tidak memerintah kita dengan Katakanlah ! Namun sebaliknya dengan jelas memerintahkan dengan : Ketahuilah,bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah,Disini Allah mengajak kita agar MENCARI ILMU.. Mengetahui sesuatu perkara dengan menuntut ilmu,”

(Tidak dapat tidak) wajib bagi kita selaku tholibun ilm ini mencari dan menuntut ilmu. Ilmu itu pula perlu dituntut dengan jalan berguru bukan sekadar membaca buku semata-mata dan kita mengambil khulasoh/ijtihad atas kefahaman kita semata-mata, walhal dalam Islam mengajak manusia agar menuntut ilmu secara berjemaah, berkelompok atau berusrah. Kesannya, kepelbagaian kefahaman, fikrah, sikap, tutur bicara ini dapat disimpulkan dengan satu ikatan AQIDAH tauhid ilallah. Contoh yang paling jelas iaitu SEJARAH KEBANGKITAN ISLAM.

Bagaimana Rasulullah SAW menghimpunkan manusia dengan lafaz kalimah syahadah? Hal ini didiskusikan di dalam sebuah masjid. Di situlah saf ikatan ukhuwwah islamiyyah dibentuk, dibina. Semuanya bermula dari syahadah dan diikuti pula dengan solat yang sempurna itulah membentuk kepemimpinan islam yang berkesan dan berpengaruh sehinggalah terbinanya daulah islamiyyah. Semua ini bermula dari hati, diri sendiri kemudian disebarkan pada insan yang paling hampir dengan kita iaitu ibubapa, isteri, anak-anak, saudara mara, sahabat handai, rakan jemaah, rakan sekerja, masyarakat dan negara.

Setiap susunan, pergerakkan dalam solat itu menerbitkan roh islam, melahirkan jiwa-jiwa yang tulus suci murni, jiwa-jiwa yang hanya bekerja kerana Allah. Bukan menjadi hamba kepada manusia, hamba kepada sistem dan peraturan manusia, hamba kepada harta, pangkat dan darjat. Jika rasa hura-hara, check solat kita, muhasabah dan istighfar. Doakan agar dileraikan segala kekusutan dan dilapangkan minda untuk terus bekerja. Jika letih dengan dunia, rehatlah dengan solat.

Kita adalah hamba Allah, maka bekerjalah untuk Allah, bukan bekerja untuk makhluk ciptaanNya. Disana ada laluannya, ada jalannya. Pedoman kita, rujukan kita adalah AL QURAN dan SUNNAH. Seumpama kita belajar Al Quran walaupun kita sudah fasih membaca Al Quran perlu juga berguru, untuk memperbetulkan lidah kita, hati kita, akal kita agar seluruh anggota kita bekerja selari dengan kehendak Allah SWT. Yang paling pentingnya disini, kita membaca dengan jiwa. Setiap yang dibaca itu dapat diterjemahkan dalam kehidupan kita sepenuhnya.

Sebagaimana kita bekerja dengan majikan kita, sudah tentu kita akan melakukan kerja buat kita sebaik mungkin, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai KPI yang cemerlang. Di sana ada target dan misi kita iaitu berusaha bersungguh-sungguh demi memiliki sebuah pengiktirafan dari majikan kita.

Justeru itu, kita menanam keazaman dalam diri untuk mendapatkan perhatian majikan kita. Berusaha sedaya upaya untuk mendapat perhatian dari seorang manusia, bagaimana pula dengan majikan kita Allah SWT? Apakah kita juga melakukan hal yang sama dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan MAJIKAN KITA (ALLAH SWT) menyukai kita? Tepuk dada jangan tanya perut(kemahuan nafsu kita) tetapi tepuk dada, tanyalah IMAN KITA.

About Author

Ustazah Fadhlina merupakan tenaga pengajar tauliah MAIK Kelantan. Beliau juga salah seorang Penerbit Rancangan Radio Klate Kita, Radio Digital Online dan antara penulis sukaralewan di bawah Jabatan Informasi dan Teknologi Maklumat Dewan Muslimat PAS Malaysia.

No Comments

    Leave a Reply