Umi tengok anakanda-anakanda kira duit dalam dompet.
“Ana nak beli apa tu, dah dapat duit?”
“Ana tak nak belanja tapi nak simpan,” jawab Ana.
“Simpan nak beli apa..,” tanya Umi lagi.
“Nak simpan… esok Umi dah tua kan takde duit… Ana la kena belanja Umi,”
“Ish, Umi tak pernah bagitau pun anak-anak kena jadi bank Umi bila Umi tua nanti Ana oi. Tak pernah sebut pun siapa yang kena jaga kami kalau panjang umur hidup lagi nanti,”
Allah Penjaga kita. Allah Pemberi Rezeki. Sesungguhnya manusia itu selalu berasa insecure.
Saya kagum dengan orang tua yang tak pernah risau rezekinya, tidak pernah meminta-minta pada anak-anak. Mereka mencukupi dengan apa yang ada. Tapi saya percaya perasaan insecure ini bukan ketika tua, tapi ia adalah DNA yang kita nurture sejak awal kehidupan kita.
Cinta dunia, tak pernah rasa cukup. Nak senang tapi malas kerja. Suka benda free. Sibuk nak keluarkan KWSP awal sebab itu duit kita.
Jika dari muda kita tidak kawal semua sifat buruk ini, ia akan bertambah buruk bila kita berusia. Sebab itu jangan dah tua baru nak jadi baik, anda memang tidak akan jadi baik dalam masa sehari.
Orang tua hari ini adalah kehidupan dan tabiat masa lalu. Ubah sikit-sikit. Sebab itu, elakkan banyak melihat kehidupan orang lain. Orang tua yang tidak bersyukur lebih dahsyat dari orang muda yang tidak bersyukur kerana sangat susah untuk berubah melainkan keizinan Allah SWT.
Anak-anak sudah memberi semua benda pun masih merungut. Anak-anak dibanding beza mengikut harta. Siapa yang bagi lebih itu yang mak pak sayang. Itu adalah perangai kita selama kita hidup.
Matikan kami dalam iman ya Allah.

No Comments