Menjelang 1 Zulhijjah, suasana haji di Tanah Haram makin terasa. Maka, menuju kemuncak masyair, kebanyakan para hujjaj nampaknya sedang fokus membuat persediaan fizikal, mental, rohani & lain-lain.
Seolah-olah persiapan menghadapi peperiksaan paling besar dalam hidup yang bakal menentukan nasib dunia akhirat. ![]()
Suasana mula bercampur baur. Ada syukur, terharu, sedih, takut, gembira, risau, mengharap dan bermacam lagi rona perasaan yang sukar digambarkan.
Kami mengambil masa berfikir keperluan untuk menjadi sukarelawan Sahabat Maktab Tabung Haji pada awalnya. Akhirnya, saya & suami memohon menjadi Sahabat Maktab dan telah dilantik secara rasmi kerana seperti ada keperluan untuk membantu para dhuyufur-Rahman terutamanya dalam perkara yang melibatkan bidang perubatan & kebajikan dalam suasana cuaca yang agak extreme sekarang.
Semoga Allah menerima haji kami semua, mempermudahkan urusan, memberi keampunan & kemabruran. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami samada yang jelas mahupun yang tersembunyi. Yang kami tahu dan yang kami tidak tahu. Amin.
Semoga doa-doa yang sahabat-sahabat kirimkan pada kami akan dapat kami panjatkan sesungguhnya kepada Allah Yang Maha Pengasih. Amin.
Kepada para hujjaj 1446H/2025, jaga kesihatan, minum air secukupnya, jika ada ubat, makan ubat dengan disiplin & ikut aturan yang ditetapkan doktor. Kemudian, kita bertawakkal menuju kemuncak masyair.
Semoga sahabat-sahabat sekalian juga dipanggil oleh Allah SWT dalam keadaan sihat sejahtera pada waktu yang paling baik. Amin.
Kepada Allah kita bertawakkal, hanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Doakan kami dan doakan juga kesejahteraan saudara kita di Palestin.
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك..
ان الØÙ…د، والنعمة، لك والملك، لا شريك لك..

No Comments