Pembangunan Diri / Pendidikan

Wanita Berpendidikan: Perlu ke?

“Wanita yang berpendidikan atau berilmu bukan untuk menyaingi lelaki. Tetapi untuk mendidik generasi.”

“Sebab anak-anak itu memerlukan ibu yang cerdas iman dan akalnya agar menjadi soleh dan solehah.”

Selalu orang bahaskan wanita ini selain perlu cantikkan diri, wanita juga perlu juga mencantikkan akhlaknya.

Setuju. Tapi ada satu lagi aspek yang wanita perlu kejarkan, iaitu kecantikan melalui ilmu dan amalnya.

Kadang-kadang kita jumpa, orangnya sederhana saja. Tapi apabila berkongsi ilmu, mashaa Allah. Hebat. Kagum. Dan terinspirasi.

Bahkan, dengan apa yang ada dirinya, kita mengelaskan bahawa dirinya seorang yang cantik. Nilai ilmu itulah yang mencantikkan dirinya. Bukan pada fizikal semata-mata.

Kita sendiri suka melihat mereka yang gigih menuntut ilmu, berkongsi bahkan berjaya sambung ke peringkat-peringkat sarjana. Walau apa saja bidang yang diceburinya.

Sejajar dengan tuntutan Islam yang mendidik umatnya untuk berilmu. Baik lelaki dan wanita. Tiada sekatan dan diskriminasi seperti zaman “jahiliyah” yang menidakkan hak wanita untuk berpendidikan.

Dalam aspek ini, ada ramai tokoh wanita Islam yang boleh kita contohi. Antaranya :

1) Saidatina Aisyah binti Abu Bakar. Salah seorang isteri Rasulullah yang cerdas dan merupakan perawi Hadis.

2) Amrah binti AbdulRahman. Beliau merupakan anak murid Saidatina Aisyah dan merupakan tokoh muslimat yang terkenal dalam generasi tabi’in. Dikenali sebagai ulama wanita dan kerana ilmunya dalam bidang Hadis telah mendapat kepercayaan dari Khalifah Umar Al-Khattab.

3) Fatimah Al-Farihi. Wanita pertama yang mendirikan madrasah dan masjid serta mengimarahkan dengan aktiviti keilmuan kemudian mendirikan Universiti Qairouan di Morocco yang dikenali sebagai universiti pertama di dunia.

4) Lubna dari Cordoba. Terkenal dalam istana Umayyah di mana beliau seorang wanita yang mahir dalam sains, geometri, algebara dan sastera. Juga mahir dalam penulisan, tatabahasa dan puisi. Beliau bertugas sebagai pengerusi perpustakaan diraja.

5) Maryam al-Ijliya al-Astrulabiy yang merupakan ilmuan dalam bidang astronomi. Beliau berasal dari Aleppo, Syria dan nama beliau terkenal atas sumbangan mencipta alat yang disebut astrolobe di mana fungsinya untuk menentukan posisi matahari dan planet.

Instrumen tersebut diadaptasi dari semasa sebagai fungsi untuk menentukan kiblat, waktu solat, awal Ramadhan dan sebagainya.

Sebenarnya ramai sahaja lagi nama-nama yang menyumbang kepada potensi wanita dalam mengembangkan ilmu. Cuma tak tersebut.

Nak setanding dengan mereka yang lain, tersangatlah jauh. Mampu berazam dan berusaha di jalur kemampuan diri saja.

Harapannya sedikit sebanyak dengan melihat kejayaan orang lain dalam dunia pendidikan, menghidupkan kembali semangat kita yang lentur dalam menuntut ilmu. In shaa Allah.

No Comments

    Leave a Reply