Cerpen

Naluri Wanita Perlukan Keimanan

Aku juga punya naluri itu,

Ingin menonjol agar dipandang,

Ingin kehadapan agar dijulang,

Ingin berhias agar ramai yang sayang.

Naluri itu sentiasa berbisik!

Tunjukkan saja perhiasan mu!

Tatahias cantik solekkan diwajahmu!

Belanjakan saja lekukan ditubuhmu!

Posting saja ribuan gambar di laman mayamu!

Naluri itu terus menghasut,

Menghasut sehingga tidak kuat menahan kehendak nafsu,

Selalu terbabas akhirnya menyesali,

Keindahan diri akhirnya dikongsi,

biar diratah indah itu oleh ajnabi,

Akhirnya menjadi fitnah dihati.

Aku gagal lagi,

Gagal keluar daripada wanita sabdaan Nabi,

Aku tidak mahu tergolong dalam kumpulan itu,

Menjadi fitnah terbesar buat lelaki.

Takutnya pada sabdaan itu, kerana diucap oleh Kekasih Ilahi,

Ya Allah bantulah kami memelihara maruah diri.

Aku ingin cantik seperti wanita lain,

Aku ingin juga dipuji cantiknya bergaya berselfie,

Tapi Aku tahu,

Aku tidak sekuat kalian,

Kuat untuk memulangkan segala pujian itu kepada Dia yang layak dipuji,

Aku tidak kuat,

Menurunkan tahapan riak, takabur atas kecantikan diri.

Aku tidak sekuat itu..

Biarlah aku berselindung disebalik kelemahan ini.

Aku juga tidak layak menasihati kalian,

Kerana aku juga masih bertatih,

Mengatur langkah.. angankan untuk menjadi muslimah yang dicintai Allah dan Nabi.

Naluri wanita cintakan keindahan,

Bukanlah satu dosa naluri itu,

Pandulah naluri itu dengan keimanan dan ketakwaan.

Aku tidak punya kekuatan berjuang sendiri,

Berjuang menahan diri menjadi bahan fitnah duniawi,

Aku perlukan sahabat seperti kalian,

Genggamlah tanganku telusuri mujahadah ini,

Sudilah bersamaku menjaga keizzahan diri,

Semoga Saidatina Fatimah menyambut kita di syurga nanti.

Muslimah yang aku cintai kerana Allah.

Jangan rungsing kerana mujahadah dalam menjaga, Jodohmu masih belum kunjung tiba.

Yakinlah janji Allah,

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jika sekarang engkau sedang sibuk menjaga daripada dipandang,

Allah akan persiapkan dia yang tidak suka liar memandang.

Yakinlah dengan perancangan Allah.

Takdir-Nya tidak cepat, tidak lambat tetapi pasti pada waktu yang tepat.

Wanita adalah seindah perhiasan,

Peliharalah, jangan dijadikan bahan tontonan

-Slot Suri Hati-

No Comments

    Leave a Reply