Agama / Pembangunan Diri

Tip Mudah Beramal dengan Ibadah Sunat

Tips untuk memudahkan kita buat amalan-amalan sunat sebagai amalan rutin dalam seharian :

1. Solat sunat tahajjud –

Kunci jam untuk bangun 5-10 minit sebelum Subuh. Sama juga kalau bangun sahur, boleh dirikan solat sunat tahajjud dahulu.

2. Bacaan Al-Waqiah & Al-Mathurat Pagi

Selalu pagi kan rushing pergi kerja. Buka youtube/audio, dengar dan baca sambil drive ke kerja.

3. Al-Mathurat Petang

Buka youtube/audio, dengar dan baca sambil drive balik rumah.

4. Solat-solat sunat (taubat, hajat, istikharah dsb) & majlis ilmu

Kalau susah nak cari waktu lain, cuba buat selepas maghrib. Dalam banyak-banyak waktu, cuba jadikan waktu Maghrib-Isyak ni sebagai waktu untuk kita fokus ibadah saja.

Waktu solat lain kalau kita terikat dengan kerja, biasalah.

Tapi waktu Maghrib-Isyak ni kalau boleh kita betul-betul luangkan masa untuk beribadah. Waktunya pun tak lama.

Sementara nak tunggu Isyak, macam-macam ibadah yang boleh kita buat. Lebih-lebih lagi kalau kita di masjid. Suasana nak beribadah tu lain sikit.

Masa ni lah juga kita sebagai orang yang tak sempat menuntut ilmu akhirat, tuntut ilmu dengan kuliah maghrib. Yalah, waktu siang kita sibuk dengan urusan dunia.

5. Baca Al-Quran

Kalau tak sempat nak buat selepas Maghrib tadi, boleh buat selepas Isyak. Alang-alang masih bertelekung.

Alang-alang dah buka Al-Quran baca terus 1 helai sehari, 10 ayat pertama dan terakhir Al-Kahfi dan Al-Mulk. Tak lama pun sebenarnya.

6. Solat sunat witir

Alang-alang masih bertelekung dan mod ibadah, terus tutup dengan witir. Paling mudah, buat 1 rakaat witir. Sikit takpa, asalkan berterusan.

Siap. Sekarang Isyak masuk awal. Kalau berjaya buat semua 6 ni, dalam pukul 9 malam kira kita dah settle semua urusan dengan Allah.

Hati rasa lapang. Habis semua ni terasa tenang dah dan baru boleh santai untuk buat perkara-perkara lain.

Catatan : Mungkin ada pendapat yang waktu-waktu ni bukan waktu yang Afdhol. Sekurangnya jika tak mampu buat semua, kita tak tinggalkan semua.

Dan semua ni amalan-amalan sunat. Sudah semestinya amalan-amalan wajib tetap kita perlu jaga dan utamakan terlebih dahulu.

No Comments

    Leave a Reply