Selepas exam saya banyak meng”qadha” bahan-bahan bacaan yang sudah lama saya terliur untuk membacanya. Hehe. Salah satunya ialah buku ini.
Ada banyak kandungan dalam buku ini amatlah “relatable” dengan kehidupan saya. Ditambah pula yang menulisnya merupakan guru saya yang amat saya hormati, Dr Rozanizam Zakaria.
Dalam hidup ini, kita mungkin bakal menghadapi kesunyian. Namun, bagaimana kita menanggapi kesunyian itu yang akan memberi nilai kepada kehidupan kita.
Jika sebagai seorang doktor pula, semasa di peringkat ijazah, masa kita belajar lebih lama daripada orang lain. Orang lain sudah bekerja, kita masih lagi bergelumang menjadi pelajar tahun akhir sekolah perubatan. Begitu juga semasa bekerja, kehidupan ketika housemanship mungkin hanyalah sekitar hospital & rumah sahaja. Sehingga ke peringkat kepakaran, mungkin dunia kita semakin mengecil dengan kebanyakan interaksi hanya dengan mereka yang berada dalam bidang kita. Saya masih ingat, semasa houseman, jika diberi pilihan untuk makan atau tido selepas oncall, nescaya saya akan pilih tido. Haha.
Saya juga sentiasa merasakan kesunyian terutama sekali ketika posting di tempat-tempat jauh semasa pengajian kepakaran. Seperti yang saya bagitahu sebelum ini, saya berusaha mengisi masa saya terutama sekali sepanjang perjalanan yang jauh dengan mendengar kuliah-kuliah sirah sehinggalah khatam, sehingga suami meggelarkan saya anak murid Dr Khalid Basalamah ![]()
Alhamdulillah, Allah rezekikan kita semua untuk merasa pelbagai jenis rasa. Ada sunyi, ada sedih, ada gembira, ada marah dan lain-lain. Terima dahulu rasa tersebut dan kenali perasaan sendiri. Untuk kita menghargai rasa gembira, sudah tentu kita perlu kenal apa rasanya ketika sedih dan sebaliknya.
Pendek kata, semua rasa yang Allah berikan itu merupakan ramuan untuk membentuk diri kita. insha-Allah.
Buku ini juga mampu memberikan kita kesedaran bagaimana orang-orang tua kita juga merasa kesunyian setelah anak-anak membesar, keluar daripada “sarang”. Disertakan juga tips bagaimana membantu diri sendiri dan orang lain yang kesunyian.
Saya doakan buku ini bakal menjadi buku bestseller. Amin. Insha-Allah.

No Comments