Pembangunan Diri

Adakah viral akan selesai masalah atau mengundang masalah?

Buat wanita yang diuji dengan kecurangan suami,

Saya menulis ini dengan hati berat. Bukan kerana ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kerana saya melihat luka batin yang makin parah apabila emosi mengatasi iman.

Saya tahu. Bukan mudah untuk menerima hakikat suami yang kita percaya, kita jaga makan pakainya, akhirnya mengkhianati amanah itu. Tambah pedih bila pengkhianatan itu berlaku dengan wanita lain , seorang guru, pula itu.

Tapi dalam kes curang “wiring & cikgu sekolah” yang tular, saya tidak setuju gambar & mesej disebar tanpa tapisan hingga nama sekolah & keluarga terpalit.

Sebagai wanita, isteri, dan hamba Allah, kita punya maruah dan martabat.

Menularkan aib orang lain bukanlah kekuatan, ia adalah tindak balas dari hati yang sedang luka, yang tak sempat ditenangkan oleh iman. Mari kita berdoa semoga setiap kita yang diuji Allah kurniakan kebijaksanaan dan ketenangan. Tak kena bolehlah cakap!

Ada jalan lebih bijak, lebih beradab, lebih berani. Jika benar berlaku:

  • Sahkan kebenaran. Jangan bertindak atas spekulasi atau cebisan gambar.
  • Laporkan secara rasmi ke pihak sekolah, PPD, mahkamah syariah, atau Jabatan Agama.
  • Cari sistem sokongan ; sahabat, kaunselor, ustazah, atau NGO wanita.
  • Rancang tindakan dengan tenang. Maruah kita bukan diukur dari amarah kita, tapi dari hikmah cara kita menghadapinya.

Kita wanita. Kita punya harga diri.

Tindakan tenang itu lebih mulia dari viral yang menghina. Kita lindungi diri kita dahulu. Kita tidak mahu anak2 dan keluarga membaca semula kisah ini dalam bentuk Google Cache walaupun bertahun telah berlalu.

Semoga Allah sembuhkan hati yang diuji.

No Comments

    Leave a Reply