Dalam hal korban ni, syarat penting ialah haiwan mesti sihat dan tak ada kecacatan yang boleh menjejaskan kualiti korban. Imam Nawawi sendiri kata:
“Syarat haiwan korban mestilah bebas daripada kecacatan yang kurangkan daging.”
Terus terang je lah, bila haiwan tengah mengandung, dia akan jadi lemah, berat badan turun, daging pun kurang, kualiti pun out. Pendek kata, bukan pilihan terbaik untuk korban.
Jadi, ulama besar seperti Imam al-Ramli, al-Syarbini dan ramai lagi, semua sepakat : TAK SAH nak buat korban dengan haiwan mengandung. Inilah pandangan muktamad Mazhab Syafi’e. Bukan sebab diskriminasi dia, tapi sebab nak jaga mutu ibadah korban tu.
Maafkan kami wahai haiwan hamil, ini bukan salah awak, tapi syariat nak yang terbaik.
Dan ya, semua ulama sepakat (ijma’) yang sunat pilih haiwan yang paling cun, sihat dan padu untuk korban. Yang tak cukup zat, sakit, atau mengandung tu.. simpan dulu. Beri mereka masa rehat.
Kesimpulannya :
Korban bukan sekadar sembelih, ia lambang pengorbanan terbaik kita kepada Allah. Jadi, bila nak bagi yang terbaik, jangan bagi yang “kurang upaya”.
Elakkan korban guna haiwan yang tengah bunting. Biar dia lahirkan zuriat dulu. Kita pun dapat buat amal jaga “mak mengandung”. Tahun depan, kalau anak dia dah besar dan sihat, boleh sambung niat korban tu pulak.
Wallahu a’lam.
Semoga kita semua diberi rezeki untuk berkorban dengan haiwan yang terbaik. Amin!
(Artikel ini diambil daripada laman facebook rasmi Bahagian Dakwah, JAKIM yang diterbitkan pada 24 Mei 2025)

No Comments