Keluarga

Peranan Ayah sebagai Ketua Keluarga

Ayah merupakan ketua keluarga dalam sesebuah keluarga. Jadi, pelbagai peranan yang perlu dilakukan bagi memastikan ahli keluarga mereka berada dalam keadaan selamat dan diberi tunjuk ajar agar sebuah keluarga tersebut terhindar daripada melakukan perkara yang bercanggah dari Islam.

Ayuh para ayah, jadilah ketua keluarga yang dapat membimbing keluarga dengan acuan Islam. Suburkan amalan sunnah dan tanam cintakan membaca dan tadabbur ayat-ayat Al Quran.

Kita kenal Lukmanulhakim, Nabi Ibrahim A.S., Nabi Ya’qub A.S, Nabi Imran A.S. Dalam Al-Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.

Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggungjawap kelak.

Kita juga boleh jadikan kisah Luqmanulhakim dan anaknya, Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf A.S (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Nuh A.S. dan anak-anaknya.

Kisah Nabi Luth A.S. dan anak-anak perempuannya, Kisah Sheikh Madyan dan 2 orang anak perempuannya dan beberapa lagi yang lain.

Di samping itu, memberi nafkah juga adalah tanggungjawab suami kepada isteri. Penting juga bagi suami menyediakan hibah bagi memudahkan si isteri membayar hutang-hutang yang ada apabila si suami telah meinggal dunia. Hal ini kerana, apabila si suami telah meninggal, harta dan duit tidak dapat digunakan oleh si isteri.

Jadi amat penting untuk kita mengetahui ilmu menguruskan harta pusaka dan sebagainya

Selain itu, suami juga perlu seimbangkan antara keluarga belah suami dan isteri agar tiada pihak yang merasa tidak adil atau sebagainya. Sewajarnya, pihak isteri haruslah mengetahui bahawa ibu bapa suami juga amat penting untuk si suami menjaga hal kebajikan mereka dan sebagainya.

Akhir sekali, amat penting bagi seorang suami mengetahui ilmu tentang agama dan kehidupan bagi menjadikan keluarga mereka hidup dalam suasana yang tenang dan bahagia dunia serta akhirat.

No Comments

    Leave a Reply