Hak Asasi Manusia

Lebih Tonjol Wanita Untuk Tujuan Komersial Berbanding Lelaki

Fenomena sekarang ada sesetengah syarikat atau perusahaan lebih gemar mengetengahkan pekerja wanita atas tujuan mempromosikan produk mereka berbanding pekerja lelaki.

Syaratnya, mesti ada pakej cantik, menarik dan kelakar. Sah, boleh menjadi pelaris. Kaum lelaki juga akan tertarik untuk memenuhi ruangan komen.

Itu satu.

Dan ada juga kurang manisnya, kalau buat konten dengan ustaz selebriti pun masih menggunakan pekerja wanita. Tahu kalau adanya pekerja tersebut, konten tersebut akan menjadi lebih tumpuan.

Tapi jika seorang wanita sahaja bergambar dengan ustaz-ustaz selebriti ketika menghantar makanan, tertanya kenapa tidak pekerja lelaki yang menggantikan?

Ada juga sampai masuk ke saf hadapan di masjid dalam satu konten. Kenapa bukan pekerja lelaki yang mengambil tugas tu?

Tidak tahu salah atau tidak. Tapi di pandangan mata, nampak kurang manis.

Tidak kurang juga syarikat-syarikat lain yang memanfaatkan pakej wanita untuk kandungan konten Tiktok bagi mempopularkan lagi syarikat mereka.

Dulu semasa pernah ada perbincangan tentang penglibatan wanita di media sosial bagi tujuan dakwah, semestinya isu-isu begini yang merisaukan.

Wanita mudah mendapat dan meraih perhatian berbanding lelaki. Berbekalkan tujuan dakwah pun, penuh dengan fitnah, apatah lagi tujuan lain. Jadi, berhati-hatilah kita.

Walau bagaimanapun, kita masih menyokong ekonomi orang Melayu Islam. Kecuali geng-geng yang dok menyanyi Power Kaabah

No Comments

    Leave a Reply