Cerpen

Hadapi Ujian Dengan Iman

Merdu..

Alunan yang terindah puisi dari Allah,

Setiap bait-bait melontarkan seribu makna tersirat,

Menangkan hati, jiwa dan minda yang lagi berselirat.

Memikirkan ujian demi ujian yang diberi Tuhan,

Jatuh lagi terduduk mencari solusi dalam keserabutan,

Lelah di bucu kamar yang suram,

Wajahnya kelihatan cemberut lagi muram.

Mencari Allah saat diperlukan,

Hati meraung menjerit bagai hilang pedoman,

Mata menangis berteriak seperti tiada iman,

Mengalahkan air hujan yang membawa nikmat Tuhan,

Lena dalam jeritan jiwa yang selalu menyalahkan.

Tenang..

Hatinya tenang lagi tenteram,

Meskipun tidurnya tidak enak dibuai mimpi,

Hanya ngeri yang sentiasa menanti.

Ujian yang digalas mengalahkan tsunami,

Hidupnya diselubungi ombak-ombak kehidupan,

Bagaikan berumah di tepian pantai.

Namun..

tidak pernah dia mengeluh menyalahkan takdir.

Dia percaya, tidak jadi sesuatu..

Tanpa izin Yang Maha Esa.

Berbekalkan iman, yakin bahawa Tuhan sentiasa dekat.

Bezanya dia sentiasa beramal dengan Al-Quran,

Malamnya diisi dengan amal ibadah,

Penenang hati yang gundah.

Solatnya lima waktu dijaga meski dilanda bah.

Beza bukan hidup dengan iman?

No Comments

    Leave a Reply