Cerpen

Cinta Dalam Diam (Siri 2)

…. ‘Aku mesti siasat!’ Azam Hanan lagak Detective Conan.

Hanan terlupa bahawa Muhammad yang dimaksudkan oleh Auliya ialah Rasulullah SAW. Melulu dia melakukan andaian sendiri.

*****************

“Hanan, hujung minggu ni jom gi main bowling lepas tu macam biasa la… Karoake time! Nak tak?” Ajak Aina. Baginya, Hanan merupakan aset berharga untuk kumpulan mereka, kerana Hanan merupakan anak orang kaya. Selalunya jika mereka keluar berfoya-foya Hanan lah yang akan menanggung kos perbelanjaan.

“Sorry beb, aku takde mood la… Korang pergi la ye,” Hanan menolak ajakan Aina. Lagipun kalau pergi sudah pasti Aina dan kawan-kawannya yang lain akan membawa pakwe masing-masing. Malas Hanan nak menonton drama percintaan mereka itu. Buat sakit mata dia aje… Baik aku lepak di bilik layan korea.lagi best.

“Aahhh…bosan la pulak.” Rungut Hanan. Pantas tanganya mencapai iphone kesayangannya. Tangannya laju menekan-nekan status whatssapp. Jarinya terhenti pada status Auliya.

“Eh Auliya la, aku rasa inilah saatnya untuk mulakan penyiasatan. Hehe,” Hanan mula merangka rancangannya untuk menyiasat kegiatan Auliya.

“Hello Liya, kau ade di asrama tak? Aku ingat nak tidur bilik kau malam ni.”

“Ada je ni, jom la…” Balas Auliya dihujung talian.

************************

“Akhirnya sudi juga kau datang bilik aku,” Auliya begitu gembira menyambut baik kehadiran temannya itu. “Ala kau ni macam tak faham-faham je, banyak tugasan la tahun 3 ni. Mana nak sempat lepak,” Balas Hanan. Dalam masa yang sama, matanya liar memandang seluruh bilik kawannya itu. “Kemas, simple, tenang,” Komen Hanan dalam hati.

Hanan akui Auliya memang telah banyak berubah. Daripada tudung bidang 45’ bertukar kepada tudung bidang 60’, kakinya yang dulu terdedah warna kulit sekarang sentiasa disarung dengan stokin, dulu Auliya banyak mengenakan baju tshirt sendat sekarang tubuhnya sentiasa tersarung dengan pakaian yang longgar. Hanan tenang melihat air wajah Auliya. Jauh disudut hatinya, dia ingin mengikut jejak langkah Auliya.

Aina dan kawan-kawannya yang lain ada menceritakan bahawa Auliya berubah kerana sudah mabuk cinta kepada seorang lelaki. Aina pernah curi baca buku catatan Auliya. Ada tertulis nama lelaki tersebut. Disebabkan itulah mereka menggelarkan Auliya hipokrit. Bajet alim kucing, harap tudung labuh tapi bercouple dan sebagainya.

“Han, kalau aku tanya kau jangan marah ya, aku dengar kau putus cinta… Sampai seminggu kau tak masuk kelas,” Tutur Auliya dengan penuh berhati-hati.

Suapan Hanan terhenti serta merta. Air limau diteguknya dengan perlahan.

“Ye Liya, aku dah putus cinta dengan Ammar. Kau tahu kan aku cinta bagai nak mati dekat dia, seluruh hati aku serahkan pada dia weh… Hidup aku selama ni 24/7 bersama dengan dia. Baju, yuran pengajian, makan minum dia semua aku tanggung. Paling sedih aku dah bawa dia jumpa papa dan mama aku, mereka sudah suka dengan hubungan kami. Tiba-tiba dia menjauhkan diri daripada aku, pastu minta putus,” Hanan meluahkan perasaannya bersama air mata.

“Kau tahu apa alasan bodoh dia? ‘Awak terlalu baik untuk saya,’” ajuk Hanan cara Ammar menuturkan kata-kata tersebut.

“Sakit Auliya, sakit…” Hanan meletakkan tangan kanannya tepat kepada jantungnya menggambarkan hatinya yang terluka masih belum sembuh.

“Sampai aku rasa hidup ni sudah tak bererti, nak je terjun bangunan,”

“Astaghfirullahal’azim, jangan buat perkara bodoh tu Hanan,” Sayu hati Auliya melihat nasib sahabatnya yang telah terperangkap dengan cinta makhluk.

“Sejak dia tinggalkan aku, aku cuba dekatkan diri kepada Allah SWT. Setiap kali solat, aku berdoa supaya Allah buat aku lupakan lelaki itu dari hidup aku. Tapi sampai sekarang aku tak dapat lupakan dia. Hati aku kosong Auliya. Kosong…,”

“Hanan, Allah sayangkan kau… Sebab itu Allah berikan ujian ini kepada kau. Disaat hati kita sudah tidak mahu mengingati Allah, maka Allah akan datangkan SEBAB untuk kita mengingatinya, mungkin ujian inilah menjadi sebab kau kembali mendekatkan diri kepadaNya.” Auliya cuba memujuk hati Hanan yang terluka.

“Jika ini tanda cinta, kenapa pedih sangat rasanya?”

Auliya mula memikirkan analogi yang tepat untuk memahamkan Hanan tentang hakikat cinta.

“Hanan aku nak tanya kau ni, kau pernah jatuh dari tempat yang tinggi tak? Kau jatuh tu jatuh atas simen keras atau atas tilam?” Tanya Auliya, menduga.

“Pernah la sekali aku jatuh, kakak aku tolak dari belakang… Nasib baik la bawah tu ada pelapik lembut yang agak tebal. Jatuh tu takde la sakit sangat.” Hanan menceritakan pengalamannya ketika kecil dahulu.

“Haa… Kalau kau nak tahu kenapa hati kau sakit, pedih dan sangat terluka ketika putus cinta, itulah puncanya,” Balas Auliya. Berkerut dahi Hanan untuk memahami mesej yang cuba disampaikan. “Apa maksud kau, Liya?”

“Sebelum kau nak isi hati kau dengan cinta makhluk, kau kukuhkan lapisan hati kau dengan ‘pelapik’ dulu, supaya jika kau sakit terjatuh disebabkan cinta makhluk, hati kau tidak akan teruk terluka kerana masih ada ‘lapisan pelapik’ didasar hati kau,”

“Oke… Jadi mana aku nak cari pelapik tu Liya?” Hanan bertanya dengan muka 20sen nya.

‘Han, lurus bendul juga kau ni, hahahaha,’ tutur Auliya dalam hati, cuba menahan gelak.

“Lapisan pelapik tu boleh diumpamakan sebagai lapisan cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bila sudah kukuh cinta kau kepada Allah dan Rasul, seribu kali kau jatuh kerana cinta manusia, seribu kali juga kau bisa bangkit kerana CINTA Allah.

Cinta kepada Allah dan Rasul itulah boleh menjadi ubat merawat hirisan luka kau kerana dunia. Kau kena cuba berubah Hanan,” Tangan Hanan digenggam erat oleh Auliya, menandakan sokongan seorang sahabat.

Aku malu la, aku tidak tahu nak mula dari mana… Nak ke Allah pandang pendosa macam aku ni?” Rintih Hanan. “Allah Maha Pengampun Hanan,” Tutur Auliya ringkas, namun padat isinya.

“Terima kasih Liya.”

“Liya, boleh aku tanya kau sesuatu, aku dengar cerita, kau berubah ni kerana lelaki… Err, betul ke?” Tersentak Auliya mendengar soalan maut daripada Hanan. Tak sangka ada orang buat cerita dibelakangnya…

“Sorry la aku tanya, ada orang ternampak nama lelaki tu dalam buku catatan kau, tak sangka pula diam-diam kau bercinta. Tak nak share dengan aku ke? Haha,” Hanan cuba mengorek rahsia Auliya. Sepanjang perkenalan mereka, setahu Hanan, gadis cantik bernama Auliya ini tidak pernah lagi mempunyai teman lelaki.

“Buku catatan?” Oh… wajah cuak Auliya tadi kembali tenang setelah dia memahami situasi.

“Ye. Aku memang mencintai seorang lelaki. Tapi aku tidak tahu dia cintakan aku atau tidak,” Sayu wajah Auliya.

“Lelaki mana yang tak mahukan kau Liya? Pelik la kalau dia tolak cinta kau,” Bantah Hanan.

“Kau ada luahkan perasaan pada dia tak?” Soalan demi soalan diajukan.

“Ade la,.. Tapi aku luahkan pada Allah je, biar Allah yang sampaikan salam cinta aku kepadanya,” Terlopong mulut Hanan apabila mendengar jawapan Auliya.

“Bapak arr, ni cinta tahap wali Ya! Kau ni Liya kalau suka kena bagitahu, kita manusia kena la ikhtiar,” bebel Hanan ala-ala doktor pakar cinta.

“Aku yakin kepada Allah… Dia yang memegang setiap hati manusia,” Manis wajah Auliya apabila menuturkan kata-kata itu.

“Bak sini aku tengok muka dia Liya, nak tengok juga jejaka yang berjaya memikat hati batu macam kau ni,” Desak Hanan, begitu teruja untuk tahu.

“Err… Aku tak pernah lihat wajahnya, kenal nama saja,”

“Weh Liya, kau ni gila ke!? Tak pernah jumpa tapi dah jatuh cinta… Entah-entah kau kena buatan orang ni tak,” Tuduh Hanan melulu. “Dia duduk mana beb? Kau bawa aku jumpa dia, nak tengok sikit minyak dagu apa dia kasi pada kau,” Semakin membahang Hanan dibuatnya.

“Dia sudah lama tinggalkan aku, jauh sangat dia tinggalkan aku… Aku rindu kepadanya, rindu sangat-sangat Hanan,” Air mata Auliya mengalir laju apabila membicarakan tentang kekasihnya itu.

‘Allah… Dasyatnya kisah percintaan Auliya dengan kekasihnya. Cinta dalam diam lagi menyakitkan jika nak dibandingkan cinta yang tidak berbalas,’ Getus Hanan.

“Hanan, aku yakin kalau kau kenal peribadinya kau turut jatuh cinta padanya,” Tutur Auliya lembut.

“Siapa lelaki tu Liya?” Tanya Hanan.

“Dia adalah Muham..”

(TOK TOK TOK)

Pintu bilik diketuk oleh seseorang. “Masuk,” Seru Auliya dari dalam bilik.

“Auliya, jom turun meeting, saya telefon awak tak angkat pun,” Fazilah mengingatkan kawannya itu tentang mesyuarat kelab. “Allahu akbar, saya lupa la ada meeting. Hanan, kau duduk di bilik sebentar ya, aku nak keluar ke masjid kejap,” Tergesa-gesa Auliya memakai tudung. “Okey Liya… Jangan balik lewat sangat ya, aku takut tinggal sorang-sorang,”

*****************

Jarum jam tepat pada angka 4 pagi. Tidur Hanan terganggu setelah mendengar pintu bilik dibuka oleh seseorang. ‘Awalnya Liya bangun…’ bisik Hanan dalam hati. Auliya menghamparkan sejadah, telekungnya disarung kemas. “Allahuakhbar,” Auliya memulakan qiamullail dengan solat sunat tahajjud dua rakaat. Gerak-gerinya diperhatikan oleh sepasang mata milik Hanan. Tangisan halus Auliya kedengaran memecah kesunyian malam, Hanan yakin tangisan itu adalah tangisan rindu yang mendalam Auliya kepada kekasihnya.

*****************

“Auliya, aku nak lihat koleksi buku kau ya,” Pinta Hanan. “Tengok la, ambil je kalau kau nak baca,” Balas Auliya sambil mengatur langkah keluar ke tandas.

Dibelek koleksi buku satu persatu. Semestinya novel yang menjadi pilihan hatinya. Koleksi novel disusun paling hujung. ‘Berhabuk novel-novel ni,’ Nampak sangat lama sudah tuannya tidak membacanya. Bebola mata Hanan terfokus kepada sebuah buku yang sederhana tebalnya.

“Muhammad?” Tanpa membaca tajuk penuh buku itu, pantas tangan Hanan mencapainya.

Aku rasa buku ini boleh memberi jawapan tentang rahsia Auliya. Bunyi tombol pintu dipulas mengejutkan Hanan. Kelam-kabut dia memasukkan buku terbabit didalam beg galasnya. Hanan cuba menyembunyikan wajah cuaknya apabila melihat Auliya masuk ke bilik.

Bersambung…

-Slot Suri Hati-

No Comments

    Leave a Reply