Sekularisme di dalam pendidikan bukan sahaja mengasingkan ilmu dunia daripada agama seperti matematik, sains dan ilmu sains sosial yang tidak menjadi jambatan mengenal Allah dan mengenepikan Al-Quran dan hadis sebagai sumber.
Malah, pendidikan atau pengajian Islam yang tidak dihubungkaitkan dengan ilmu pengurusan dunia dan mencelikkan pelajar daripada tipu daya dunia juga adalah sekular.
Lantas, muncul golongan agamawan yang tegar beramal atau berjuang mempertahankan karut marut moden yang diimport dari barat dalam bentuk isme-isme dan menolak Al-Quran dan Hadits sebagai sumber hukum dan kehidupan harian
Lahir lah golongan huffaz yang mengusung ayat-ayat Allah di dalam dadanya tetapi terpedaya dengan budaya hedonisme yang meruntuhkan keperibadian dan jati diri muslimnya.
Lantas lahir golongan ustaz dan agamawan yang berpidato, bersyarah dan bercakap berbuih-buih dengan nas wahyu dan pandangan ulama tetapi lemah pembudayaan ilmunya dan menolak budaya taakul, tidak tahu mengurus alat dan persekitaran, pasif atau negatif berkomunikasi dan tidak multi-tasking.
Marilah kita keluar daripada penjara sekularisme dengan mengintegrasikan ilmu yang kita miliki ini dan tingkatkan budaya inqueri dalam diri, tidak tenggelam di dalam zon selesa “tidak tahu apa yang tidak tahu”.
Nabi Musa AS ditegur oleh Allah SWT kerana rasa cukup tahu.

No Comments