Sebelum kita menghuraikan tujuan agama dalam politik atau politik dalam agama atau perbandingan diantara kedua-duanya, perbincangan awal mengenai agama dan politik ialah kita perlu melihat pada perbezaannya atau perbandingannya atau persamaan diantara keduanya dari sudut pandangan Islam dan dari sudut pandangan barat. Adakah di sana wujudnya pemikiran yang sama atau berbeza samada dari sudut pengenalannya perbezaannya, perkaitannya atau adakah ia saling membantu antara satu sama lain atau ianya saling bertentangan diantara keduanya.
Kefahaman secara keseluruhan dari sudut agama dan politik apabila ‘ia dihukumkan keatas sesuatu’ sebagaimana yang disebut oleh ulama mantik,sebahagian daripadanya telah digambarkan :
Apakah yang dimaksudkan dengan kalimah ‘AGAMA’ ? Apa yang diusahakan oleh individu dan masyarakat untuk menyempurnakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, samada dari sudut ibadah, muamalah, pengurusan, pentadbiran, ekonomi kehidupan dan sebagainya.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘POLITIK’ ialah apa dibina dari yang satu.
KEFAHAMAN KALIMAH ‘AGAMA’.
Apabila kita membahaskan kalimah ‘AGAMA’ dari sudut bahasa, disana terdapat makna yang sangat banyak perbezaannya, namun ianya tidak akan membawa kepada kebatilan akan tetapi ianya memberi pemahaman yang cukup memuaskan sebagaimana yang disebut oleh Dr.Muhammad Abdullah Daraz Ya’lani di petik dari Mu’jam Arabiah (Kamus Arab) kalimah (الدين)
Sebelum kita membicarakan hala tuju agama dari sudut politik atau politik dari sudut agama. Alaqah diantara kedua-duanya, pandangan pertama, persamaan,perbezaan dan pertentangan diantara keduanya juga pandangannya dari sudut keilmuan, kita harus tahu dan sedar bagaimana cara mendekatkannya dan meletak garis panduan untuk menyusun kembali kefahaman kita tentang kalimah “agama”. Para ulama memberi pandangan yang berbeza mengenainya.
Agama (الدين) bermaksud suatu pegangan atau kepercayaan yang diyakini dalam jiwa seseorang sebagai pengabdian diri kepada Pencipta. Dalam Kamus Dewan, agama bermaksud kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifatNya serta kekuasaanNya.
Dalam pengertian lebih luas “agama” adalah suatu pegangan atau kepercayaan yang diyakini dalam jiwa seseorang sebagai pengabdian diri kepada Pencipta yang diterjemahkan dalam kehidupan yang lengkap.
Apakah makna siasah, bagaimana kita meletakkan hukum ke atasnya atau pandangan para ulama terdahulu keatasnya :
“Dan Sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur,” [al-Araf: 10]
“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),” [al-Fatihah: 4]
Kalimah (الدين) dalam ayat ke 4 surah Al fatihah menjelaskan makna agama secara keseluruhannya. Makna agama ialah tunduk, taat, ibadat dan wara’. Kalimah ini memberi makna Agama Allah, Hukum Allah, tunduk dan patuh pada perintah Allah SWT. Agama bermakna “pengawasan” kawalan atau peraturan yang ditentukan oleh Allah SWT untuk mendidik hati manusia agar bergerak dan berhidup dengan peraturanNya. Allah SWT yang mencipta kita, DIA Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh hamba-hambanya. maka patuhilah peraturan dan hukum yang digariskan dalam agama.
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membiarkan agamaNya iaitu Islam diperlakukan sesuka hati. Islam akan tetap berdiri teguh di persada alam maya ini kerana Allah SWT telah memilih insan-insan yang berhati mulia untuk mempertahankan agamaNya. Ada yang telah gugur syahid kerananya, ada yang sedang menunggu giliran dengan keteguhan iman dihati tanpa sedikit pun mereka memungkiri janji.
“Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun,” [al-Ahzab: 23]
No Comments