Agama

Islam Menjadi Sasaran?

Kenapa agama Islam dan umatnya sering menjadi target kolonialisme dan kritikan Barat berbanding agama dan umat lain dalam sejarah manusia?

Tidak terdapat kritikan Barat yang bertubi-tubi selama beratus-ratus tahun terhadap Gautana Budhha, Kung Fu Tse atau Lao Tse berbanding kritikan yang dilempar ke atas peribadi dan ajaran Rasulullah SAW.

Begitu jugalah sebahagian besar daripada mangsa kolonialisme Barat sama ada di Afrika, Asia termasuklah Kepulauan Melayu dan Timur Tengah adalah umat Islam.

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Syed Naquib Al Attas dalam karya beliau “Islam and Secularisme” (1978) iaitu :

1. Kebangkitan Islam di pentas sejarah telah mencabar (menentang) dakwaan agama Kristian yang menjadi agama universal (ketika itu) untuk seluruh umat manusia.

2. Sejak dari awalnya lagi, Al-Quran telah menggugat dasar-dasar akidah agama Kristian dengan menolak bahawa Allah swt boleh beranak serta diperanakkan, hakikat Nabi Isa dan ibunya, Maryam.

3. Al-Quran juga telah menceritakan dengan jelas sikap dan tingkah laku ketua-ketua agama Yahudi dalam menyeleweng ajaran para anbiya’ dari bani Israel.

4. Islam telah mengubah tubuh dan jiwa orang-orang Barat secara revolusioner dalam bidang-bidang linguistik, sosial, kebudayaan, keilmuan dan ekonomi.

4. Perluasan pengaruh Islam serta tanah taklukannya ke seluruh Timur Tengah termasuklah kawasan yang dahulunya dimiliki oleh Kerajaan Bizantium, India dan Afrika dalam waktu yang begitu cepat, dan selama lima abad menguasai laluan perdagangan laut Mediteranean dan India.

6. Islam mempunyai potensi untuk bangkit semula berdasarkan konsep tajdidnya dan mampu mencabar hegemoni kebudayaan Barat pada masa akan datang.

Petikan dari buku Wajah Peradaban Barat .

No Comments

    Leave a Reply