Kebangkitan Islam merupakan satu fenomena kesedaran untuk kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dari segala aspek.
Tiada yang mustahil dengan kesatuan fikrah dan amal sehingga mampu mencetuskan kebangkitan Islam yang memberi kejutan kepada dunia sehingga pemerintah atau parti politik terpaksa akur dengan tuntutan Islam seperti yang berlaku di dunia-dunia Islam pada era 70 an dan 80 an.
Terdapat beberapa faktor kebangkitan Islam, sehingga ia mendapat sambutan seperti institusi Islam dimarahkan, kesedaran agama, kempen protes sistem bukan Islam, penerbitan karya-karya dsb.
Menurut buku Sejarah Gerakan Islam Abad Moden, karya Dr Ridhuan Nor, antaranya :
1. Kekecewaan Umat Islam kepada sistem bukan Islam.
Jika sebelum ini, orang Islam bangkit menentang sistem barat hasilan penjajah yang menjajah negara Islam, tiada bezanya selepas merdeka, umat Islam akan terus bangkit.
Dulu, Tanah Melayu, Mesir, Iraq. Nigeria, Palestin, India (kerajaan Moghul) merupakan hasil jajahan British manakala Perancis menjajah negera Algeria, Morocco, Syria dan Tunisia. Tidak terkecuali kuasa barat seperti Itali dan Belanda.
Hasilnya, lahir penggerak kebangkitan Islam dalam dunia Islam yang hebat seperti Syeikh Abdul Qader al- Jazair di Algeria, Hassan al Banna di Mesir, Syeikh Amin al Hussaini di Palestin, Imam Diponogoro di Indonesia dan Tuan Guru Hassan bin Munas atau dikenali Tok Janggut di Tanah Melayu.
Hari ini, fenomena yang sama. Cuma, wasilah penggerak perlu dizahirkan oleh generasi pelapis walaupun kita sudah merdeka.
2. Ketidakstabilan sosio-ekonomi di negara umat Islam.
Kesedaran kebangkitan Islam dicetuskan disebabkan sosial dan ekonomi dimanupulasi oleh sistem bukan Islam (penjajah), parti politik yang diberi kuasa gagal menguruskan sosial ekonomi dengan baik, dan jurang ekonomi yang mengheret kepada pergaduhan kaum seperti di Malaysia.
Manakala di negara Islam yang lain seperti Indonesia, Mesir dan Algeria mendapat kesan dari inflasi yang teruk. Umat Islam juga sedar, dengan membelakangkan syariah, negara hilang “keberkataan”.
3. Menyedari Islam sebagai solusi.
Mengakui kegagalan ideologi manusia seperti nasionalisme, sosialisme, komunisme, sekularisme sehingga tercetus fenomena “Kembali kepada Islam”, “la Syarqiah la Gharbiah”, “Islam Penyelamat Ummah” dan sebagainya dalam kalangan anak muda di era 70 an dan 80 an sehingga menjadi dasar kepada aktivis-aktivis mereka.
Sementara itu, kebangkitan Islam memberi ruang kepada pemikir Islam seperti Prof Muhammad Qutb, Prof Dr Muhammad al-Wakeel, Syeikh Said Hawa, Dr ali Shoubuni berkhidmat seperti di Saudi untuk menerangkan pasal Islam dengan tujuan mengimbangi kelompok komunis dan sosialis.
Kesimpulannya, jangan berputus asa dan jangan memandang kecil dengan kempen ksedaran Islam walaupun nampak biasa, moga ia menjadi satu pencetus kepada kebangkitan Islam sehingga mampu menumpaskan kebatilan suatu hari nanti.- nurain
Sebenarnya, kita boleh memilih apa yang kita nak ambil tahu, apa yang kita nak baca dan apa perkara yang kita nak disibukkan.
Sempena 25 Ramadan, jom kita baca dan fahami tentang peperangan Ain Jalut sebagai salah satu perang yang berlaku dalam bulan Ramadan.
Hebat tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Qutuz berdepan dengan tentera Mongol yang terkenal dengan kekuatan mereka dari sudut ketenteraan, ganas dan buas.
Antara iktibar yang boleh kita ambil :
1. Penyelesaian konflik dalaman. Sultan Qutuz menyelesaikan terlebih dahulu konflik yang berlaku dalam keluarga Ayyubiah yang boleh melemahkan penyatuan.
2. Persiapan menghadapi peperangan. Berlaku pengumpulan dana bagi menghadapi peperangan.
Di sini ada keterlibatan ulama’ apabila ulama’ seperti Sultan Al-Ulama Al-‘Izz bin Abd Al-Salam yang menasihati pemerintah tentang kutipan cukai bagi tujuan persediaan peperangan.
Namun, beliau menegaskan keutamaan cukai melibatkan harta pemerintah dan pegawai terlebih dahulu.
3. Strategi peperangan seperti strategi pengintipan yang dilaksanakan oleh Sorimuddin Aibak yang berfungsi memberi maklumat tentang tentera Hulagu Khan. Walaupun pada asalnya beliau merupakan tahanan yang berkhidmat dengan Hulagu Khan.
4. Penyatuan ummah dan slogan motivasi iaitu Wa Islamah (Demi Islam) kepada umat Islam yang mula futur.
5. Keberkahan bulan Ramadan. Pasti ada doa orang beriman yang diangkat untuk memudahkan dan memenangkan tentera Islam. Dan pertolongan Allah sentiasa bersama-sama orang beriman.
Rujukan lain : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan AL-KAFI #1256

No Comments