KESIHATAN

Antara Simptom Depresi

Syarat sah untuk diagnos depresi atau penyakit kemurungan ialah jika terdapat sekurang-kurangnya 5 daripada simptom di bawah ini;

  1. Merasa sedih yang teramat, sehingga boleh menyebabkan hilang minat untuk melakukan pelbagai perkara terutamanya perkara yang biasa dilakukan.
  2. Berasa diri tidak berharga, tiada harapan dalam hidup ini.
  3. Hilang tenaga.
  4. Gangguan tidur sama ada tidak mampu tidur secukupnya atau tidur yang berlebihan.
  5. Selera makan bertambah atau berkurang atau berat badan susut atau naik dengan signifikan.
  6. Sukar untuk fokus.
  7. Pergerakan menjadi perlahan atau kadang-kadang boleh bertindak di luar kawalan.
  8. Lintasan pemikiran untuk cubaan bunuh diri ataupun melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada perbuatan tersebut.

Masa yang diperlukan hampir setiap hari selama 2 minggu berturut-turut dan fungsi kehidupan terjejas.

Kita perlu dapatkan rawatan hospital di samping perubatan alternatif kerana rawatan yang terbaik merupakan rawatan yang holistik.

Terima kasih kepada Dr Malihah Ghazali, Pakar Psikiatri, Ummu Muhib Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat PAS Pasir Mas dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas atas ruang yang diberikan.

Kesihatan mental untuk semua.

No Comments

    Leave a Reply