Sejak tadi aku memerhatikan lelaki itu. Memang sah dia. Nampak semakin matang dan bergaya. Ya… Rasanya memang zaki. Selepas seorang demi seorang jamaah masjid itu kusalami, aku segera menuju ke sahabat lama itu. Solat terawikh di surau kecil di kampung, membuatkan semua jamaah dapat disalami. Tidak ramai sangat.
” Aidil … Kau pergi mana.. Lama tak nampak ” aku terkejut. Dia rupanya menyapa dulu. Badan kecilku dirangkulnya.
” Aku belajar kat mesir. Ni baru je lulus. Alhamdulillah. Kau buat apa sekarang?” aku menerangkan.
” Aku meniaga. Lepas habis diploma, aku bukak restoran kat pekan tu. Aku ambik kulinari kat u dulu.. Kau ingat kan aku cerita cita-cita aku kat kau dulu…”
” Alhamdulillah..”
” kau keje kat mana lepas ni ?”
” tak sure lagi. Tengah buat kelas al-quran dan tiusyen bahasa arab. Sambilan dulu. Tapi bolehlah nak bantu mak aku dengan adik2 aku.”
” Nanti kau buat la pamplet ke apa ke…aku iklan dekat restoran aku. Datanglah kedai aku nanti, Restoren Bonda.”
Aku tersenyum. Zaki masih seperti dulu. Ramah dan suka membantu orang. Kali terakhir aku bertemunya, dia sedang memohon masuk ke uitm. Semua pilihan permohonannya adalah bidang makanan. Aku sedikit kagum dengannya. Dia antara sahabat yang sejak kecil sudah ada cita-cita.
Lama selepas itu, aku tidak bertemunya lagi. Agaknya kesibukan di restoran membuatkan dia susah untuk berjamaah di surau. Namun pada hari raya itu, aku bertemunya sekali lagi. Berbaju raya dan bersamping.
” jom raya rumah aku. Lama kita tak borak” aku mengajak.
“malam la kot. Siang lepas sembahyang raya, aku bukak kedai.”
Aku sekadar berkata dalam hati. Raya pun kau meniaga ya, zaki. Ingat untung saja kau. Dengan ingatan ini, aku sekadar melihat langkahnya yang tergesa-gesa.
Aku pula terus pulang ke rumah. Membantu mak menyiapkan juadah. Sebagai anak sulung, aku biasa membantu mak menyiapkan kerja-kerja rumah. Seorang demi seorang tetamu datang. Terlalu ramai yang menziarahi pada tahun ini, hinggakan lemang yang banyak disediakan habis. Mak ralat. Di rumah kami memang jarang sangat membeli atau membuat kuih raya kering. Yang ada setakat kerepek-kerepek. Barang-barang masak pula sekadar cukup untuk makanan kami sekeluarga. Mak memandangku bila tiba-tiba datang segerombolan tetamu. Dekat 10 orang.
” mana ada kedai bukak hari raya macam ni mak…?” pandangan mak aku balas dengan soalan. Tiba-tiba aku teringat zaki.
” mak, ingat tak zaki?”
” ye.. Kenapa?”
” dia bukak restoran. Aidil pergi beli kat dia kejap la mak.”
motor kapcai terus ku bawa ke pekan. Menuju ke restoran zaki. Pusing-pusing pekan, akhirnya bertemu dengan restoran zaki yang agak eksklusif. Alamak ! Cukup ke duit ni. Hati sekadar bertawakal.
Masuk saja ke kedai, Zaki sedang sibuk di kaunter. Aku sangka tak ada orang makan di restorannya. Rupanya hampir semua tempat duduk penuh.
aku terus ke kaunter.
” zaki, maju jugak bisnes kau ye.” aku tersengih.
zaki yang sedang menumpu pada kerja-kerja akaun mendongak. ” la… Kau ke… Meh duduk aku belanja. “
zaki membawaku masuk ke pejabatnya. Sederhana saja.
” kau nak air apa?”
“sirap limau.”
” peminat sirap limau betul la kau. Dari dulu air tu je kau order. Kau datang sini nak beli makanan ke? Bungkus? Kau nak order apa?”
” Tomyam ada ?”
” Ada. Tomyam campur ye” tanya Zaki.
” Untuk berapa orang makan?”
” 5 “
” telur dadar, 2, sotong celup tepung 10 ekor “
” tu je?”
” haa.. ” aku teringat dalam poketku cuma ada rm 100.00. Rasanya cukup la.
zaki terus menuju ke dapur. Kemudian dia kembali kepadaku dengan sirap limau.
” aku pergi dapur kejap. Jenguk tukang masak kejap.”
aku memerhatikan pejabat itu. Memang banyak sijil-sijil kejayaan. Sijil usahawan berjaya dan lain lagi.
” nah.. Order kau.” tiba-tiba zaki muncul.
” Aku masak cepat. Mesti ada tetamu kat rumah ni. Hehe”
aku sekadar mengangguk. Macam tahu-tahu pulak zaki ni.
” berapa?”
“rm 30”
“takkan lah.” aku terkejut. Terlampau murah.
” rm 30 .” dia mengulangi. Not rm 50 kuhulurkan. Zaki memulangkan baki dan selepas mengucapkan terima kasih, aku pulang ke rumah. Meyambung tugas melayan tetamu. Ketika menghidang makanan, mak memberitahuku, ada kerapu masak tiga rasa. Aku terkejut. Pasti zaki saja-saja menambah ni.
malam itu, seperti yang disebutnya, zaki datang ke rumahku. Membawa seorang wanita muda. Ayu bertudung labuh.
” aku tak tahu pulak kau da kahwin.” tegurku sebaik saja dia duduk.
” ni adik aku la.” zaki memberitahu.
” raudhah ke? Lain da bila besar.” aku sekadar tergambar budak comot yang selalu mengekori kami ketika bermain.
” ye la.. Aku mana adik lain. Aku terpaksa bawak dia. Mak ayah aku kan dah takde. Dia kalau tak tinggal sorang je rumah. Nanti semester bukak, aku pulak tinggal sorang kat rumah.”
” belajar kat mana?”
“UIA “
Raudhah segera mengekor mak ke dapur. Agaknya segan denganku.
“Zaki, terima kasih ikan kerapu tu…”
” Ikan kerapu… Bukan kau memang order ke?” wajahnya yang serious buat aku terkejut.
” mana ada…” zaki tersengih akhirnya.
“Sama-sama.. Dahlah tu, bila lagi aku nak belanja kau… Ni aku nak minta tolong kau ni. Aku nak minta kau bagi tazkirah kat pekerja-pekerja aku boleh? Aku buat majlis ta’lim setiap malam jumaat. Boring pulak kalau ustaz selalu ganti-ganti. Aku ingat nak minta kau ajar satu kitab, boleh? Masa bulan puasa baru ni, aku upah tahfiz dari kelantan, jadi imam pekerja-pekerja aku. Biasa aku ikut sekali.”
Aku tidak segera mengangguk. Sedikit kagum. Tak banyak majikan yang mengambil berat agama pekerja-pekerjanya.
” Aku ni kerja bidang makanan. Biar solat dan puasa anak2 buah aku, aku pastikan cukup. Kalau tak nanti makanan tu jadi racun pada diri pelanggan aku. Orang tak solat kan lagi hina pada anjing.”
” Zaki… Aku nak minta maaf. Hari tu aku buruk sangka sikit kat kau. Lepas aku jumpa kau kat surau mula-mula hari tu. Aku ingat kau sibuk sangat sampai tak sempat terawikh. Rupanya kau solat kat tempat kerja kau tu.”
” Aku terpaksa ambil inisiatif camtu. Aku tak nak pekerja-pekerja aku tak solat terawikh semata-mata nak bekerja. Kalau aku buat solat begini semua dapat ikut, kan.”
” Satu lagi.. Aku ngumpat kau sebab bukak kedai time raya.”
” hehe… Aku biasa dah org pandang camtu.. Kau tahu kan.. Aku bukan ada sedara mara kat sini. Mak ayah aku asal kemboja. Aku nak balik kemboja, aku tak kenal saudara mara. Jadi nak elak aku sedih hari raya asyik tengok tv je, baik aku bukak kedai, at least, aku dpt tolong org yg macam kau hari tu… Tetiba habis makanan, takpun teringin nak makan nasi time raya. Kau tahu atas restoran tu aku buat homestay, atas permintaan pelanggan jugak. Diorang tu kesian ke mak ayah. Rumah dah penuh dengan adik beradik, jadi diorng bagi keutamaaan kat adik beradik yg ada anak kecik, duk rumah mak time raya. Diorang sewa homestay aku. Aku harap benda-benda mcam ni dapat jadi pahala jugak. “
Aku yang terkagum sekadar mengangguk-angguk. Malu sendiri. Kadang-kala begitulah, kita hanya Nampak pahala dalam bentuk ibadah sendirian semata, tapi ibadah bentuk manfaat kepada orang ramai begini sebenarnya lagi banyak pahala.

No Comments