Baru saya faham politik orang muda sekarang. Bukan sekadar ahli politik tetapi penting juga menjadi ‘influencer’ di medsos dalam erti kata memahamkan netizen realiti kehidupan dan peribadi politikus sehingga diiktiraf.
Apabila peruntukan dinafikan kepada pembangkang termasuk Syed Sadiq maka bermulalah misi mencari peruntukan gaya orang muda. Crowd funding, penyertaan dalam cabaran ironman dan yang terbaru menjadi model pakaian. Tapi ada juga politikus lain jadi model tapi syed saddiq melangkah ke depan dengan pesona cinta yang membuai emosi rakyat Malaysia.
Saya perhatikan bukan beliau seorang yang menggunakan pesona media sosial tapi kita ada juga tokoh pertengahan politik iaitu KJ yang menjadikan beliau relevan kepada netizen melalui dunia podcast, penyiaran radio sehingga mendapat anugerah.
Jangan lupa juga kepada pesona MB Sanusi yang menjadi fenomena masyarakat. Netizen rapat dengan MB bukan kerana status politiknya tetapi kerana peribadinya yang berjaya menambat hati pelbagai peringkat rakyat. Cuma berbanding Syed Saddiq tokoh politik pertengahan umur lebih berhati2 dalam mendedahkan peribadi mungkin kerana terikat dengan dasar dan adab parti khususnya PAS yang terkenal dengan disiplin tarbiah yang tinggi.
Tapi saya sehingga kini masih tertanya2 dengan ekslusiviti pendokong DAP dalam medsos walaupun mereka mempunyai jentera penerangan yang agak baik. Kenapakah agaknya begitu? Atau mereka muncul di medsos yang tidak diakses netizen umum rakyat Malaysia? DAP ada pesona seperti Rara dan terbaru Syarleena namun tidak cukup menyerlahkan realiti perjuangan DAP.
Ini agaknya politik masa depan dan diminati anak muda. Mesti menampakkan diri sebagai Ahli politik, influencer, pejuang rakyat, tidak terlalu taasub dan bias, peribadi yang dekat dengan rakyat tetapi saya tak pasti bagaimana anak muda menilai kebolehan memimpin, dasar perjuangan dan masa depan bangsa dan agama
Anak muda, saya tetap berpandangan perlu keseimbangan antara penampilan di medsos dan libaturus di lapangan. Hebat bagaimanapun di lapangan atau medsos, wajib diteliti dasar dan asas perjuangan setiap politikus. Walauapapun yang ditonjolkan sudah pasti tidak akan lari dari asas dan dasar perjuangannya. Jadi pandang2, dengar2 tapi jangan lupa tepuk dada tanya selera dan iman.
——————
Perlu saya tegaskan, sebagai ustazah jodoh, tidak approve ya pesona cinta dunia influncer gaya BASS. Ini saya ulas kemudian. Malam ni kita tengok dari sudut politik dulu.
—————-

No Comments