Perkataan Bugis berasal daripada istilah bahasa Bugis itu sendiri, iaitu Ugi (Ogik sebutan bugis). Ia merujuk kepada nama kelompok etnik dan bahasa yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Nama Ugi dikatakan berasal daripada nama seorang tokoh nenek moyang mereka, La Sattumpugi, yang merupakan pemimpin legendaris dan simbol persatuan dalam sejarah Bugis.
Etnik Bugis mengadaptasi nama Ugi sebagai identiti kolektif untuk menghormati La Sattumpugi. Dalam perkembangan sejarah, istilah ini kemudian disebut Bugis dalam penggunaan bahasa Melayu, Indonesia, dan lain-lain bahasa, menyesuaikan dengan peraturan fonologi masing-masing.
Bugis merupakan salah satu kelompok etnik terbesar di Sulawesi Selatan dan terkenal dengan tradisi maritim, kebudayaan siri’ na passe (harga diri dan empati), serta penggunaan aksara tradisional Lontara untuk menulis bahasa mereka sebagaimana dalam manuskrip La Galigo (abad ke 8-14).
Menurut ahli demografi jumlah org Bugis yg merantau sama banyaknya dengan orang Bugis di daerah asalnya. Motivasi merantau orang Bugis dikaitkan dengan Sirri Napesse karena status sosial orang yg pernah merantau dipandang tinggi. Lamaran seorang lelaki akan tertolak sehingga mereka pulang merantau, baru lah lamarannya diterima. Bermakna lelaki yang tidak pernah merantau meredah lautan adalah satu keaiban dan tiada jati diri sebagai lelaki.

No Comments