Agama / Pendidikan

Apa Rahsia Surah Fatihah yang Kita Baca Dalam Solat?

Jika ditanya apakah surah yang dihafal tak lupa-lupa sampai hari kiamat? Sudah tentu jawapannya Surah Fatihah.

Dah beribu kali kita baca surah ni. Pagi tadi pun kita ‘Fatihah’ (buka) kehidupan dengan Surah Fatihah dalam solat subuh.

Cuma saya terfikir, mengapa Tuhan minta kita ulangi surah sama setiap hari? Mengapa surah lain tidak diwajibkan dalam solat seperti Fatihah?

MasyaAllah! Rupanya dalam Fatihah ada 7 formula kehidupan yang sangat best. Tuhan minta kita ulangi sebagai ‘ikrar’, inilah bentuk kehidupan best yang kita ingini :

AYAT 1 : THE POWER OF V.M.O

VMO itu maksudnya vision, mission & objective. Bila kita sebut Bismillah, Tuhan ingatkan inilah misi kehidupan kita. Orang yang misi hidupnya didambakan lillahi Ta’ala, demi Allah & untuk Allah, orangnya mesti bertenaga sokmo. Dia jalani kehidupan dengan keyakinan tinggi & penuh bersemangat.

Sebabnya ia mengerti, hidupnya berjalan atas satu tujuan mulia, Lillahi Ta’ala. “I dedicate my life to you, Allah,”

AYAT 2 : THE POWER OF GRATITUDE

Selalunya orang akan ucapkan Alhamdulillah/terima kasih ketika ia dapat hadiah. Cuba fikir, bagaimana perasaan orang yg selalu dapat hadiah?

Suka atau duka? Sedih atau gembira?

Pasti suka, senyum, gembira & ceria jawapannya. Begitulah penangan syukur. Orang yang kerap bersyukur & berterima kasih, dirinya berada dlm keadaan ‘peak state’, sentiasa energetic. Ia kurang bersedih kerana sedar bahawa dirinya sentiasa diberi ‘hadiah’ berupa nikmat tak putus-putus.

Yang tak diminta pun Tuhan bagi, yang diminta pun Tuhan beri. Walau yang tak disangka pun, Tuhan kurniakan sebagai surprise.

AYAT 3 : THE POWER OF LOVE

Kata bijaksana, cinta merupakan energy paling berkuasa. Cuba ingat semula, bagaimana semangat anda ketika bercinta dulu? Bersemangat semacam je kan?

Masa bercinta ni, semuanya indah. Yang tak best pun jadi best. Lemau pun jadi kuat hatta lautan api pun sanggup direnangi !

Begitulah keadaan mereka yang ketika mengucapkan ‘Arrohmanir Rohim’, ia dapat rasakan dirinya dicintai Ilahi. Hidupnya sentiasa menguntum senyum, sentiasa bersemangat & jauh dari duka-lara.

AYAT 4 : THE POWER OF ETERNAL FUTURE

Manusia akan jalani kehidupan penuh makna apabila ia memandang ke hadapan. Ia sedar, ada sesuatu yang istimewa menanti di hadapan.

Future yang dipanggil ‘yaumid diin’.

Org yang hidupnya mengejar syurga di akhirat. Dia tiada masa nak layan perkara remeh & kurang bermanfaat di sini kerana setiap hari dia asyik berfikir, apa lagi yg perlu aku lakukan agar mudah nak capai syurga?

Best kan kalau hidup kita begini. Sentiasa berprestasi tinggi demi meraih syurga tertinggi.

AYAT 5 : THE POWER OF HUMILITY

Ayat ni nak bagi kita kesedaran agar hidup tawadhuk & rendah hati. Ia menyedarkan status sebenar kita – just hamba sahaja. Tugas seorang hamba, kerjanya menurut, bukan mempersoal. Adab hamba, ia dimiliki bukan memiliki. Adat hamba, ia menyerah bukan membantah.

Manusia sebegini hatinya penuh tawadhuk kerana sedar akan keadaan dirinya. Hamba sahaja, bukan boleh berlagak atau mendabik dada pun.

Jika dia berjaya mencapai sesautu, ia bukan kerana kehebatan dirinya, tetapi kereana ‘tuan’ (Tuhan) yang izinkan. Jika tidak, dia nothing.

AYAT 6 : THE POWER OF GUIDANCE

Apa kelebihan jika hidup kita ada petunjuk? Selalunya, urusan kita akan lebih mudah. Tak banyak buat silap. Apabila buat sesuatu, semuanya menjadi. Risiko dapat dielakkan.

Contohnya, jika tak mahu silap jalan, ikutilah Waze. Nak elakkan masakan tak menjadi, ikuti sahaja resepi. Nak elak kemalangan, ikuti baik-baik peraturan.

Samalah dengan kehidupan. Jika tak mahu salah silap menyesal rugi hidup susah, ikutilah Jalan lurus. Manualnya Tuhan dah bagi. Namanya Al-Quran.

AYAT 7 : THE POWER OF SUCCESSFUL ICON

Adat manusia memang begitu. Dah diberi petunjuk pun ia masih kabur. Masih blur-blur. Kalau boleh kita nak diberi contoh yang boleh ditiru bulat-bulat.

Kita mahukan seseorang yang tuntun, tunjuk, buat demo & arahkan kita bagaimana nak buat. Apa yang perlu dilakukan dahulu dan apa yang perlu dikemudiankan. Apa yang ‘must do’ & apa yang ‘please avoid’.

Tuhan pun kurniakan kita manusia contoh bergelar ‘anamta alaihim’. Ikuti sahaja apa yang mereka lakukan, selamatlah kita dunia-akhirat. Jangan ikut contoh manusia silap, dimarahi dan sesat (magdhub dan dhollin). Nanti kita pun kena marah

About Author

Ustazah Fadhlina merupakan tenaga pengajar tauliah MAIK Kelantan. Beliau juga salah seorang Penerbit Rancangan Radio Klate Kita, Radio Digital Online dan antara penulis sukaralewan di bawah Jabatan Informasi dan Teknologi Maklumat Dewan Muslimat PAS Malaysia.

No Comments

    Leave a Reply