Antara banyak-banyak penulisan yang menginspirasikan dari Dr Saidatul Husna, saya suka perkongsian tentang Tanda Wanita Matang.
Sebab bagi saya, kematangan ni memerlukan proses dan usaha. Di mana usaha untuk matang bukan sekadar perlu mengubah permikiran, tetapi juga perlu disusuli dengan tindakan.
Nak jadi matang, tak boleh terperuk keseorangan. Perlu bersama-sama masyarakat. Lihat, belajar, cerap dan praktikkan. Kemudian, mengadaptasi pemikiran dan tindakan mengikut acuan dan pembelajaran sekeliling.
Dari perkongsian Dr Saidatul Husna melalui penulisan dan talk, beliau menggariskan beberapa tanda wanita yang matang. (Saya kemaskini sedikit sahaja mengikut rentak penulisan saya). Iaitu ;
1. Ada dua keadaan. Iaitu boleh berlapang dada dengan perbezaan dan mengutamakan diri sendiri seimbang mengutamakan orang lain.
2. Bercakap perkara yang bermanfaat dan berhenti berbual hal yang kosong. Adakala berdiam dan hanya mengukir senyuman.
3. Teguh pendirian dan lebih suka berdamai dengan meminta maaf jika tidak bersetuju dengan orang lain.
4. Tidak memaksa untuk orang suka dan sayang. Lebih dengan sifat tenang dengan beranggapan 1 yang hilang, masih ada 10 yang sayang.
5. Bersedia menerima kesakitan. Namun, tidak dalam dalam kekecewaan. Mereka kuat untuk melangkah dengan sabar.
6. Tidak membandingkan dirinya dengan orang lain. Berusaha menguasai kelebihan yang ada dan membaiki kelemahan diri.
7. Tidak mengharapkan kesempurnaan namun berusaha untuk jadi. Kerana sedar kesempurnaan itu bukan milik hamba biasa dan hanya ada di syurga.
8. Berhenti berfikir di luar kemampuan. Mereka mampu mengawal apa yang perlu dan apa yang tidak untuk difikirkan.
9. Tidak berhenti berkarya/berdakwah/bekerja walau satu dunia yang menghalang. Sebab faham sesuatu tugasan itu kerana Allah.
10. Tidak mudah mencampuri hal peribadi dengan tugasan/kerja. Terutama perkara yang melibatkan emosi. Sebab itu ciri wanita matang ialah mereka yang bijak mengatur peranan emosi dalam hal kehidupan, bertindak rasional dan professional dalam pekerjaan.
Sama-sama kita usahakan. Untuk tingkatkan value diri sendiri. Dan supaya dengan kematangan kita, kita boleh adaptasi dengan karenah dunia.

No Comments