Pembangunan Diri

Misi Gerakan Muslimat Menulis dan Membaca (GMM)1.0 Selesai!

7 Disember-Kuala Lumpur; Bertempat di Hotel Olympic Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya Gerakan Muslimat Membaca dan Menulis (GMM) siri pertama yang melibatkan lebih 35 orang peserta dari seluruh pelusuk negeri.

Turut menghadirkan diri ke program GMM 1.0 ini, YB Dr Najihatussalehah Ahmad selaku Ketua Penerangan atau Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB), Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dan Puan Nurul Ashidah selaku Pengarah GMM merangkap Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Data Raya, DMPM.

GMM yang telah dimulakan dengan slot “Speed Reading” dari tenaga penceramah UiTM menerangkan kaedah, teknik untuk bacaan pantas sesebuah artikel mahupun sebuah buku.

Slot uji kepantasan bacaan menarik minat peserta dan suasana tambah ceria dengan masing-masing menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Sesi petang disambung pula dengan slot Muslimat Menulis oleh Nurul Ashidah yang sinonim dengan nama SS berkongsi kaedah mudah tulis ebook sampai jadi!

“Tahniah semua!!! Memang nampak bakat adik kakak dan sahabat-sahabat menonjol petang ni, tengok cover ebook semua sangat kreatif dan cantik!”, ujar SS dalam slot petang tadi.

Tampak wajah peserta semua semangat untuk menghasilkan karya dan tak sabar untuk meneruskan misi dan perjuangan “challenge” yang telah diberikan. GMM 2.0 bakal menyusul tahun 2025. 

No Comments

    Leave a Reply