Setelah 20 tahun, British Airways memperkenalkan pilihan baru pakaian pramugarinya samada berhijab atau tidak.
Di Malaysia kita sudah perjuangkan lama isu ni. Pelbagai usaha sudah dibuat. Yang dimaklumkan kepada saya sebelum ini, JAKIM, Kementerian Pengangkutan, JPM sudah angkat kertas kerja cadangan ni tetapi dipandang sepi. Saka apa yang ada di sebalik penerbangan negara MAS ini?
Tapi kami tidak akan berhenti mendesak. Saya pernah bermesyuarat dengan persatuan krew muslim dan mereka sendiri memohon kalau diberi pilihan juga. Rekaan contoh juga sudah siap lama. Siapa sebenarnya tidak suka hijab ni? Apa motif? Ini dah tahun 2025 kot! Pilot pun boleh bertudung.
Faktor agama, faktor keselamatan, faktor hak asasi wanita, dll. semuanya telah dibentang bertahun2 tapi masih gitu juga. Inilah realiti di Malaysia. Masih ada lagi majikan selain di bidang penerbangan yang skeptikal dengan hijab dan kerana duit maka ada yang akur.

No Comments