Pembangunan Diri

Hidayah dan Hijrah

Hidayah itu milik Allah. Benar, dari DIA turunnya hidayah, dari DIA juga boleh dikembalikan lenyap. Kunci dan password HIDAYAH ada padaNya.

Hidayah makna petunjuk, ada banyak pandangan dan pelbagai bentuk.
Menurut Imam Al Ghazali hidayah ada 3 bentuk

Pertama, kemampuan mengenal dan membezakan kebaikan dan keburukan.

Kedua, melalui peningkatan kualiti seorang indvidu dalam kehidupannya, pekerjaannya, ilmu dan tahap imannya.

Ketiga dalam bentuk pencerahan jiwa atau peningkatan dalam peribadi-spiritual.

Setiap manusia pasti ada melalui zaman hijrahnya. Andai dahulu sedikit jahil dalam bab jaga solat, kini dia sudah menjadi lebih baik.

Andai dulu belum memakai hijab dengan sempurna, kini sediki demi sedikit mula melabuhkan tudungnya.

Alhamdulillah kita yang ada ilmu dan kefahaman terus beri semangat dan sokongan pada mereka. Benar hijrah perlu KUAT.

Andai rebah, perlu bangkit.
Andai tersentak, perlu terus,
Anda diherdik, diperlu, perlu tabah.
Andai dipulaukan, unfriend dan sekaum denganya, terus kuat melangkah lagi.

Begitulah hidup akhir zaman 2022 ni lagi besar cabarannya.

AWAS berhati dengan amalan, kumpulan mahupun mana-mana golongan yang samar dan benar-benar memesongkan akidah.

Jangan mudah terikut-ikut,
Jangan mudah terpersona,
Jangan mudah tersentuh hati,
Jangan mudah terus jatuh cinta…

Doa kita semua para muslimah,
para wanita dan adik kakak yang mencari makna “solehah” “bidadari syurga” “perempuan kiriman tuhan” sentiasa pegang tali Allah, ikut sunnah dan Al Quran.

Sekurangnya saya turut sama belajar, mencari dan mendalami makna hidayah dan hijrah.

Hijrah bukan semata hanya 1 Muharram tahun baru Islam, tapi HIJRAH yang bermakna adalah setiap hari kita lalukan sesuatu yang lebih baik dari semalam dan sentiasa memperbaiki dari semasa ke semasa.

Semoga saya dan kita semua menjadi insan yang sentiasa Allah berikan hidayah, taufik dan berhijrah untuk jadi lebih baik!

About Author

Simple Shida merupakan Pengasas Intouch, PLF, AKRAB, Authorpreneur, Ebookpreneur. Beliau bergiat aktif menyampaikan ilmu penulisan e-book kepada masyarakat umum.

No Comments

    Leave a Reply