CINTA SEJATI : TRUE LOVE
الحب الذي لا يهتم إلا بالجمال الجسد ليس حباً حقيقياً
Cinta yg hanya peduli pada kecantikan fisik bukanlah cinta sejati
“Life is about having good and right peoples stay and be together with us”
Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan daripada golongan Anbiya’ dan bukan juga daripada golongan Syuhada’, namun mereka dicemburui oleh para Anbiya’ dan para Syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah.
Para sahabat bertanya: ” Wahai Rasulullah, bagitahulah kami siapakah mereka itu?”.
Rasulullah SAW bersabda : “Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah SWT tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda. Demi Allah SWT, wajah-wajah mereka adalah ‘cahaya’ dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika manusia lain bersedih. Lalu Baginda membaca firman Allah SWT yang bermaksud:
أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu, mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati” (Yunus : 62)
Hadiah terindah buat orang yang kita sayangi dan kita cintai ialah DOA… tanpa mengharap balasan darinya. Cukuplah balasan yang diharapkan hanya dari Allah SWT… Kerana keredhaan Allah SWT itu lebih berharga dari seisi dunia..
CINTA LUAR BIASA.
No Comments