Pembangunan Diri / Pendidikan

Ada apa dengan watak YAYA?

Saat tudung ini dikatakan diskriminasi terhadap perempuan, tapi animasi Boboiboy berjaya mempamerkan watak heroin adalah gadis yang bertudung dan menutup aurat.

Antara pendekatan dakwah yang baik, melalui animasi. Pernah jadi trend tudung kanak-kanak dinamakan “Tudung Yaya”, bagi melatih kanak-kanak bertudung dan bagi yang minat dengan animasi Boboiboy ni.

Watak Yaya juga membuktikan perempuan juga ada peranan tertentu dalam perjuangan untuk tegakkan kebenaran. Yalah, dalam cerita tu perjuangan nak menyelamatkan “Power Sphera”.

Kita dengan perjuangan kita. Setiap satu organisasi atau kumpulan, peranan perempuan ada fungsi dan “power” yang tersendiri yang kita tak boleh ketepikan.

Watak Yaya juga menunjukkan perempuan ni ada hak keistimewaan tersendiri, tak perlu nak menandingi dan kuasa lelaki (Boboiboy) yang lebih.

Peranan dan kuasa Yaya ialah boleh memanipulasi graviti, yang adiwira lain tak dapat. Pengajaran boleh ambil sebagai perempuan berbanggalah dan bersyukurlah dengan apa yang perempuan miliki.

Ya, Boboiboy sebagai lelaki memang dia ada kuasa yang lebih iaitu dari 3 kuasa, dapat 5 kuasa kemudian 7 kuasa Elemental.

Dan setiap kali Boboiboy dapat kuasa yang baru, Yaya dan Ying sebagai perempuan sentiasa menyokong, tiada pula skrip atau slot mereka membantah atau tunjuk perasaan nak kuasa yang “setaraf” dan adil dengan Boboiboy.

Watak Yaya memang jelas ciri-ciri perempuan. Tiada gambaran kecelaruan jantina. Walaupun berdepan dengan musuh, masih mengekalkan keaslian sebagai seorang perempuan.

Dengan baju yang berbunga dan berwarna pink, jenis rajin menyiapkan kerja sekolah, tegas, sopan dan suka memasak. Bagus untuk kanak-kanak perempuan contohi.

Tak perlu nak berwatak “tomboy” untuk mengambarkan perempuan ni kuat, hebat dan berani. Tapi cukup menjadi seorang perempuan sebenar.

Sekian, sedikit ulasan. Sebenarnya saya suka watak Papa Zola.

No Comments

    Leave a Reply