Alangkah indahkan kalau hari-hari kita lalui kehidupan dengan penuh ketenangan. Namun, ada juga waktu-waktu tertentu pasti ada hari kita dalam keaadan sedih, rasa tak semangat nak hidup. Asyik serabut dengan kerja dan sebagainya.
Betul tak? Jadi apa cara yang boleh kita lakukan untuk tenangkan hati. Saya ada kongsikan tips dibawah, nanti sama-sama kita amalkan.
1) Berzikir dengan Penuh Kesungguhan.
Amalkan zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar setiap kali hati mula resah. Zikir ini bukan sahaja mengingatkan kita kepada Allah, malah membantu menenangkan hati kerana ia adalah penghubung kita dengan-Nya.
Sekarang kita berada di dalam bulan Rejab, boleh juga kita amalkan zikir berikut:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
2) Solat dan Berdoa dengan Khusyuk
Ambil masa untuk solat sunat seperti Dhuha atau Tahajjud. Berdoalah dengan penuh keikhlasan. Kadang-kadang resah datang kerana kita lupa menyerahkan segalanya kepada Allah.
3) Amalkan Membaca Al-Quran
Bacalah surah-surah yang memberi ketenangan seperti Surah Al-Insyirah dan Surah Ad-Dhuha. Al-Quran adalah penawar hati dan sumber kebahagiaan bagi jiwa yang resah.
Kalau kita tak mampu buat semua sekaligus, mulakan dengan langkah yang kecil dan istiqamah dengan amalan yang kita lakukan.
Dan kalau ada yang berminat nak dapatkan kad Himpunan Doa Dan Amalan Jodoh Berpanjangan, boleh klik link di ruang komen. Kad ni kecil je jadi mudah untuk dibawa kemana-mana.

No Comments