Selalu saya katakan kepada para pesakit, sebagaimana jantung, buah pinggang, paru-paru, otak juga merupakan sebuah organ. Malah fungsi otak paling kompleks.
Dan sebagaimana kita perlu menjaga kesihatan jantung, buah pinggang dan lain-lain. Begitu juga wajib untuk kita menjaga kesihatan minda kita.
Otak ialah organ dalam sistem saraf pusat yang berfungsi sebagai pusat kawalan utama tubuh.
Otak kita merupakan organ yang:
- Mengawal pergerakan, deria, emosi, dan pemikiran.
- Diperbuat daripada tisu lembut, dengan berjuta-juta neuron dan sel sokongan.
- Mempunyai bekalan darah yang sangat aktif (menggunakan lebih kurang 20% oksigen badan)
Jadi, jika berlaku ketidakseimbangan bahan kimia seperti seseorang menghadapi stress yang berpanjangan & melebihi kemampuan, trauma yang teruk dan sebagainya, fungsi otak bakal terkesan.
Dan disebabkan otak merupakan organ yang kompleks, simptoms penyakit psikiatri juga lebih rumit & kompleks. Kerana itu, kadang-kadang orang yang bukan berada di dalam bidang psikiatri sukar untuk memahami mengapa simptoms penyakit psikiatri ini agak pelik, contohnya mendengar suara-suara ghaib, merasa sedih berpanjangan, terasa seperti tidak berguna dan lain-lain. Kerana ianya berbalik kepada fungsi otak di atas. Ada kawasan yang mengawal emosi, ada kawasan yang mengawal deria, pergerakan dan sebagainya.
Menarik bukan? ![]()

No Comments