Keluarga

Wanita Solehah Ketua Bidadari Syurga

BIDADARI YANG SEDANG MENYAMAR

Ibnu Qayyim Rahimahullahu menyebutkan dalam sebuah hadis sahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika seorang suami beristerikan Hur‘ain (bidadari surga), kemudian pada saat itu datang seorang wanita lain yang kecantikan & keelokannya mampu membuat sang suami melupakan wanita-wanita lain.

“Siapa Wanita itu..???”

Ternyata wanita tersebut adalah ISTERINYA selama di dunia. Itulah keistimewaan para isteri di syurga, Dia akan menjadi RATU dari para Hur‘ain (bidadari).

Lalu,

Ibnu Qayyim mengatakan “Apakah seorang suami pernah memikirkan para pelayannya dihadapan Ratunya (Permaisurinya)…?

Tentu tidak ! Jadi, Allah akan memberikan pada isteri kecantikan yang luar biasa jauh melebihi para bidadari…”_

“KENAPA Jadi BEGITU… ???”

Ibnu Qayyim rahimahullah menjelaskan, “Kerana Hur‘ain (bidadari) tidak pernah menghadapi kesulitan yg dirasakan wanita dunia. Mereka tidak pernah berjuang di jalankan Allah, tidak pernah dicemuh orang kerana mengenakan hijab, tidak pernah merasakan sulitnya patuh kepada suami….taat kepada ibubapa dll.”

Mengenai keistimewaan isteri (wanita) di syurga dibandingkan bidadari syurga, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia & seisinya.” [HR. Bukhari & Muslim]

Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan pula bahawa wanita dunia yang solehah lebih utama daripada bidadari syurga. Dari Ummu Salamah radhiyallahu’anha, ia berkata,

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Beliau shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, kelebihannya.. apa yang nampak daripada apa yg tidak nampak.”

“Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada para bidadari?”

Lalu Baginda menjawab, “Kerana shalat mereka, puasa & ibadah mereka kepada Allah. Alloh meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara & sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut & tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi & tidak beranjak sama sekali, kami redha & tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yg memiliki kami & kami memilikinya.” [HR. Ath Thabrani]

Maa syaa Allah…

Sungguh ini sebuah kemuliaan yang diberikan kepada kaum wanita khususnya para isteri-isteri.., darjat mereka bisa menjadi lebih mulia daripada bidadari syurga…, mereka akan menjadi ‘Ratu-ratu’ bidadari syurga.

Untuk para ibu, isteri, para muslimah yang disayangi..

Jangan sia-siakan kesempatan untuk menjadi RATU bidadari di syurga…

Ingat… setelah meninggal tidak ada lagi kesempatan untuk kembali ke dunia lagi…!

Mulai sekarang, bagi para isteri,para muslimat.. marilah ber-lumba-lumba agar bisa menjadi isteri (muslimah yang solehah di dunia…!)

(Ibn al-Qayyim menjelaskan hal ini dalam kitabnya Raudhatu al-Muhibbin)

About Author

Ustazah Fadhlina merupakan tenaga pengajar tauliah MAIK Kelantan. Beliau juga salah seorang Penerbit Rancangan Radio Klate Kita, Radio Digital Online dan antara penulis sukaralewan di bawah Jabatan Informasi dan Teknologi Maklumat Dewan Muslimat PAS Malaysia.

No Comments

    Leave a Reply