Agama / Keluarga

Suami Qawwam tapi Isteri Berjoget Depan Umum?

“Lelaki qawwam rasa dayus apabila isterinya berjoget depan umum apatah lagi bersentuhan dengan yang bukan mahram”.

Dia bukan tak sayang, tapi dia malu. Malu bila harga diri sebagai seorang suami diinjak depan mata umum.

Seorang lelaki yang ada jiwa qawwam, bukan jenis cemburu buta. Tapi dia ada prinsip. Dia tahu tanggungjawabnya.

Bila isterinya berjoget depan orang ramai, lepastu bersentuhan dengan bukan mahram pula, itu bukan soal “freedom” lagi, tapi soal maruah.

Dia rasa sangat dayus sebab dia tahu dia akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Dan dayus itu tidak akan mencium bau syurga.

Kenapa lelaki yang ada iman akan gelisah bila isterinya tak jaga batas?

Sebab dia tahu, Allah suruh dia jaga keluarganya dari api neraka.

“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…” [At-Tahrim: 6]

Sebab itu, isteri yang faham agama takkan terasa bila suami menegur, malah akan bersyukur kerana masih ada yang sayang akhirat dia.

Nasihat saya buat semua wanita, sama-sama kita ingatkan. Kalau sayang suami, jangan biar si dia menanggung malu di dunia dan azab di akhirat.

Dan buat para suami, kalau sayangkan isteri, jangan biar dia melangkah ke arah murka Allah.

Cinta yang sebenar bukan biar pasangan ‘bebas’. Tapi bimbing dia untuk bebas dari api neraka.

No Comments

    Leave a Reply