Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari Mekyun, pempengaruh media sosial yang berjaya menggerakkan usaha kolektif memadamkan grup Facebook “Group Budak2 Sekolah Rendah” – sebuah kumpulan yang menjadi sarang aktiviti pedofilia.
Tindakan pantas beliau bersama pengikutnya patut dijadikan contoh teladan, khususnya kepada anak muda yang cakna terhadap keselamatan dan maruah kanak-kanak di alam maya.
Saya turut melahirkan rasa sangat bimbang dengan peningkatan gejala pedofilia dalam negara yang menggugat keselamatan serta akhlak masyarakat.
Justeru, saya mencadangkan beberapa langkah utama untuk membanteras gejala ini:
1. Pertingkatkan tindakan Undang-undang/ mewujudkan Garis panduan
- Tingkatkan hukuman ke atas pelaku pedofilia.
- Wujudkan sexual offenders list untuk pantauan awam.
- Mewujudkan garis panduan had umur bagi mengakses media sosial.
2. Pantauan Ketat di Media Sosial
- MCMC dan PDRM perlu bekerjasama rapat dengan platform seperti Facebook, TikTok dan Instagram.
- Jejak dan padam segera kumpulan yang mencurigakan.
3. Pendidikan Kesedaran di Sekolah & Rumah
- Latih ibu bapa dan guru dengan modul pendidikan seksual berlandaskan Islam.
- Ajarkan anak tentang aurat, sentuhan selamat dan langkah perlindungan diri.
4. Tindakan Kolektif Rakyat
- Semua lapisan masyarakat perlu melapor sebarang aktiviti eksploitasi kanak-kanak kepada pihak berkuasa.
- Kempen tentang “NO Gadget” bagi umur 13 tahun kebawah.
5. Perkukuh Nilai Agama
- Kukuhkan iman dan taqwa dalam masyarakat.
- Gerakkan NGO Islam, institusi dakwah dan agensi kerajaan menyemarakkan program pembinaan sahsiah.
Semoga usaha ini menjadi amal soleh dan Allah SWT memberkati setiap tindakan yang memelihara kemuliaan anak-anak dan menentang kemungkaran.
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [al Imran: 104]
(Tulisan ini diambil daripada laman Facebook Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang diterbit pada 12 Jun 2025)

No Comments