Setiap hari saya akan terima direct message (DM) dari follower yang berhajat nak minta tolong saya carikan jodoh. Ada juga minta saya jadi orang tengah dan yang paling banyak minta nasihat lah.
Untuk nasihat, in shaa Allah saya boleh beri tunjuk ajar, kalau untuk carikan calon tu kadang kekangan masa dengan kerja hakiki dan kerja lapangan menyebabkan saya tak sempat nak fokus.
Jadi nasihat saya kepada semua follower saya,
Jangan cari yang sempurna, sebab manusia memang tak ada yang 100% untuk memenuhi kriteria kita.
Kalau terlalu mencari kesempurnaan, awak mungkin akan kecewa dan terlepas seseorang yang sebenarnya terbaik untuk awak.
Bila dah bertemu pasangan, perjalanan bermula dari kosong.
Sebab itu, penting untuk sentiasa menambah ilmu tentang diri, hubungan, dan rumah tangga supaya kehidupan bersama lebih bahagia dan penuh keberkatan.
Pasangan kita mungkin tak seperti yang kita bayangkan pada awalnya.
Tapi dengan masa, usaha dan doa, kita akan melihat perubahan yang baik. Kadang-kadang selepas bertahun-tahun, barulah kita sedar bahawa dia sebenarnya memiliki kriteria yang kita cari sejak dulu.
Jadi jangan gelojoh, jangan mudah putus asa dalam mencari jodoh.
Allah dah aturkan segalanya dengan sempurna, cuma kita perlu bersabar, berusaha dan mempersiapkan diri.
Sementara menanti jodoh, tambah dulu ilmu dunia & akhirat. InshaAllah, jodoh yang baik akan hadir untuk orang yang berusaha menjadi lebih baik.
Nak persiapkan diri jadi wanita yang lebih berilmu? Jom sertai Daurah Fiqh Wanita & Ramadan, ilmu untuk kehidupan, dunia & akhirat:
Klik link di bawah;

No Comments