Pembangunan Diri

Masjid dah tak Selamat?

Nampaknya masjid pun dah tak selamat. Baru je lagi tular video kanak-kanak perempuan dicabul ketika orang sedang solat.

Ada pula yang komen, “tulah orang tak bagi perempuan pergi masjid”

Oh ada pula komen begini. Saya tak nak komen panjang tentang ni. Nanti Ramadhan kita respon.

Isu keselamatan dan persekitaran yang baik untuk kanak-kanak terutamanya sangat penting. Kena ubah dari puncanya. Perlu fokus pada pencegahan.

Kalau zaman Rasulullah SAW, ada keadaan saf solat disusun seperti berikut:

——————–

Imam

Lelaki dewasa

Kanak2 lelaki

Kanak2 perempuan

Perempuan dewasa

———————

Kenapa susunan saf begitu? Kerana keadaan yang tidak selamat untuk kanak-kanak khususnya perempuan.

Alhamdulillah masjid yang tular tersebut ada CCTV. Dapat dikenalpasti pelaku dengan segera.

Saya kalau solat tarawikh atau jemaah memang solat belakang dengan anak-anak. Satunya, sebab keselamatan. Yang keduanya, sebab nak didik mereka solat dengan betul.

Bila semua tempat dah tak selamat, kita semua perlu fikir? Apakah puncanya? Apa yang patut kita buat?

No Comments

    Leave a Reply