Keluarga

Makan Bersama: Pengikat Ukhuwwah Keluarga

“Ummi, tak ada orang nak teman Muba makan” kata Mubasyirah padaku. Ketika itu semua orang dalam rumah sudah selesai menjamu selera makan tengari di rumah. Dia ketinggalan kerana tidur tengahari itu. Di rumah kami memang sentiasa bersama ketika makan. Memang begitulah rutin harian anak-anak kami, makan bersama, main bersama dan biasanya tidur pun bersama!
Mereka sangat tidak biasa makan sendiri kerana sejak kecil begitulah yang saya terapkan. Makan bersama ini sangat harus diamalkan kerana makan bersama mengikat ukhuwwah kami. Ketika ini kami akan bertukar pandangan, bertukar cerita, berbincang masalah, mahupun makluman berita keluarga. Selain itu, masa makan adalahh peluang kita mengajar anak-anak adab makan dan teguran halus adab-adab yang lain. Sungguh ketika mereka kembali ke asrama, saya sendiri akan kurang makan sebab yang tinggal ramai geng kanak-kanak. Tiada sapa yang nanti sama-sama mereka menu masakan.

Makan bersama juga sangat praktikal untuk kita mengamalkan sikap berkongsi, makan seadanya sambil meninggalkan makanan kepada orang lain. Mendahulukan orang tua ketika makan. Selalunya saya akan meminta mereka menunggu ayah mereka duduk makan barulah mereka menyuap makanan, ada kalanya, ada juga yang nakal tercubit-cubit makanan sementara menunggu ketibaan ayah mereka di meja santapan, kebiasaan amalan ini diamalkan dari yang sulung hingga sekarang membuatkan yang tua sentiasa mengingatkan yang muda akan perkara ini. Amalan ini memang ayah dan ibu saya terapkan dari saya kecil hingga sekarang saya sudah bekeluarga. Ayah ada masanya akan mengetuk pintu bilik kami kalau kami tak keluar makan.

Pernah saya mogok tak makan sebab sedih dengan keputusan SPM saya. Ayah dengan sabar membelikan makanan kegemaran, saya semata-mata mahu melihat saya makan bersama. Sekarang pun ayah masih tetap memaksa kami makan bersama biarpun anak-anaknya bekeluarga. Padanya tak makan bersama bermakna ada masalah dalam keluarga yang tidak selesai. Begitu.

“Beliau sangat mengerti apa yang dikatakan Rasulullah saw, “Sesungguhnya badanmu mempunyai hak, keluargamu juga punya hak…”

Tsana, puteri hassan al banna

Teringat saya tentang cerita puteri Hassan Al Banna Tsana bercerita mengenai ayahnya. “Misalnya saja, ayah biasa tidur hanya empat jam saja dalam satu hari. Karena itu, salah satu dari sepuluh wasiat ayah adalah bahwa sebenarnya pekerjaan yang harus dilakukan lebih banyak dari waktu yang tersedia. Ini sama dengan apa yang dirasakan para mujahid umumnya. Sedangkan sekarang, kami tahu bagaimana menyia-nyiakan waktu dan mencari alasan untuk membuang waktu. Engkau lihat ayah selalu berusaha untuk bersama-sama makan dengan keluarga, bahkan meskipun ketika ada tamu, ia tetap berusaha meminta mereka datang ke rumah agar ketika waktu makan pagi ayah bisa bersama kami.”

No Comments

    Leave a Reply